Sehingga hari ini, telah ramai individu yang telah terkesan akibat banjir yang berlaku di kawasan sekitar Malaysia, lebih-lebih lagi Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka, Kelantan dan Terengganu yang mana rata-rata kawasan perumahan dan bandar telah dinaiki air sehingga paras yang tinggi.

Disebabkan paras air yang naik secara mendadak secara tiba-tiba, pastinya ramai yang tidak mempunyai kesempatan untuk mempersiapkan persalinan pakaian yang mencukupi sewaktu proses pemindahan.

Oleh itu, bagi anda yang ingin menderma pakaian dan kelengkapan yang bersesuaian untuk mangsa banjir, berikut adalah tips menderma pakaian dan juga senarai pusat pengumpulan derma di sekitar Selangor yang boleh anda berikan.


Tips Derma Pakaian Bagi Mangsa Banjir

Sekiranya anda ingin membantu individu yang terjejas akibat banjir dengan cara menderma pakaian dan kelengkapan harian, ini adalah 5 tips yang boleh anda praktikkan:

  1. Pertama sekali, basuh dan keringkan pakaian yang ingin didermakan. Elakkan daripada memberikan pakaian yang telah rosak dan koyak kepada mangsa.
  2. Pastikan anda mengasingkan pakaian mengikut kategori seperti; jenis dan saiz pakaian sama ada wanita, lelaki dan kanak-kanak. Kemudian, bungkuskannya mengikut kategori tersebut selain turut melabelkan plastik atau kotak mengikut saiz. Contoh, pakaian sekolah rendah saiz M, baju wanita saiz S, seluar lelaki saiz 37.
  3. Elakkan juga daripada memberikan pakaian dalam terpakai kerana risiko keselamatan dan kesihatan yang mana berkemungkinan besar akan memudaratkan. Anda juga boleh memberikan pakaian dalam jenis disposable pelbagai saiz bagi memudahkan urusan.
  4. Utamakan pakaian harian seperti tshirt, seluar sukan, kain batik, selipar dan bukan pakaian bermusim seperti jaket sejuk, jaket padded, kasut but dan sebagainya. Hal ini kerana, ia tidak sesuai digunakan sewaktu pembersihan rumah dan juga tidak bertepatan dengan cuaca di Malaysia.
  5. Akhir sekali, rujuk status terkini pusat pengumpulan barang derma sebelum mula menghantar. Ia berikutan terdapat segelintir pusat yang sudah tidak menerima bantuan pakaian untuk mangsa banjir.

Instagram: PKK Tuanku Bainun

Pautan terus ke laman Instagram PKK Tuanku Bainun

PKK Tuanku Bainun mengumpulkan beberapa barang keperluan harian termasuk:

  1. Baju wanita (semua saiz)
  2. Baju lelaki (semua saiz)
  3. Baju kanak-kanak (semua saiz)
  4. Barang penjagaan diri
  5. Barang pembersihan dan pencucian
  6. Lampin
  7. Cadar dan selimut

Bagi yang berminat, pengumpulan barangan derma ini dilakukan sehingga 23 Disember pada jam 8 pagi hingga 5 petang di dewan Temutamu Hall.


Instagram: Sacity Council

Individu atau sukarelawan yang ingin bersama-sama menghulurkan bantuan sumbangan seperti makanan kering seperti:

  • Biskut, roti dan air
  • Susu bayi
  • Lampin pakai buang
  • Tuala wanita
  • Tikar, selimut dan tuala
  • Pakaian dalam wanita dan lelaki
  • Peralatan solat

Untuk melakukannya, anda boleh hubungi nombor pegawai MBSA iaitu:

  • Norhamini bt Sharif – 012 388 9235
  • Juliah bt Alimun – 019 214 0164

Atau turut boleh melakukan sumbangan j melalui akaun Bank Islam Puspanita MBSA : 12038010079138


Twitter: Mellow Crunch My

Selain itu, pasukan Mellow Crunch turut memerlukan bantuan pakaian untuk penduduk di Jeram, Hulu Langat, Selangor. 

Bagi yang ingin membantu, hubungi Zanita Azwin di 011-10708960 sebelum melakukan pendermaan bagi mengetahui status terkini.