Untuk segelintir individu, tidak lengkap hidangan harian tanpa kehadiran kicap. Oleh sebab itu, Nando’s memperkenalkan sos PERi-PERi baharu yang diinspirasikan dari citarasa masyarakat di seluruh negara iaitu perisa Soya.
Ini adalah perisa PERi-PERi berinspirasikan Asia pertama Nando’s yang ditawarkan untuk rakyat Malaysia. Dengan penawaran perisa seakana kicap pada ayam panggang, ia secara tidak langsung menampilkan idea rasa yang lebih unik dan istimewa.

Sos kicap aromatik berwarna gelap ini kebiasaannya sering menjadi pilihan dalam semua masakan tradisional Malaysia seperti ayam masak kicap, mi goreng, mi hailam dan banyak lagi.
Dengan pelancaran perisa baharu yang eksklusif ini, Nando’s juga menawarkan tawaran hidangan menarik untuk dinikmati oleh rakyat Malaysia untuk tempoh yang terhad. Anda boleh menikmati hidangan dengan harga kurang daripada RM24 seorang dan RM95 untuk 4 orang.
PERi-PERi Soya Nando’s untuk 4 Party PLatter (RM95)
Hidangan yang ditawarkan dalam set Party Platter termasuk:
- 1x Ayam seekor
- 1x Kerepek Keledek dengan PERinaise
- 4x Hidangan Sampingan
- 4x Minuman ringan tanpa had

PERi-PERi Soya Nando’s Tapau untuk 4 Pinggan (RM99)
Jika anda ingin mencuba Taupau Platter, berikut adalah senarai hidangan yang disediakan termasuk:
- 1x Ayam seekor
- 4x Nata Portugis
- 4x Hidangan Sampingan
- 4x Minuman

Dapatkan juga diskaun 15% apabila anda membawa pulang atau pra-pesanan Ayam seekor secara atas talian dengan menggunakan kod promosi “Chicken15”.
Perisa PERi-PERi Soya Nando’s kini boleh didapati di cawangan Nando’s di seluruh negara untuk masa terhad dari 6 Disember 2021 hingga 27 Februari 2022.