Carian
Klinik Veterinar Bergerak UPM – Tawar Bantuan Perubatan Untuk Haiwan Terkesan Banjir
December 22, 2021 Lina Rosli

 Fakulti Perubatan Veterinar Universiti Putra Malaysia telahpun menyediakan misi bantuan kecemasan dan perubatan haiwan terkesan banjir.


Menerusi misi bantuan ini, para veterinar dan sukarelawan akan mengambil haiwan-haiwan yang terkandas akibat banjir untuk dibawa ke markas klinik veterinar bergerak.



Berdasarkan perkongsian gambar yang dimuat-naik oleh Nurul Hayah Khairuddin yang merupakan Pensyarah Kanan di Fakulti Perubatan Veterinar UPM, pada hari kedua misi dijalankan, klinik veterinar bergerak diparkir di hadapan Pizza Hut dan KFC Sri Muda.

Mereka akan merawat haiwan yang terkesan selain turut mengagihkan makanan haiwan dan juga bantuan ubat-ubatan veterinar kepada yang memerlukan termasuk klinik-klinik haiwan yang dilanda banjir.

Sumber: Facebook UPM

Komen