Carian
Mengapa Ada Urat Putih Dalam Dada Ayam – Adakah Ia Selamat Dimakan?
December 23, 2021 Lina Rosli

Apabila anda membeli dada ayam di kedai runci atau pasaraya, pernahkah anda melihat bungkusan ayam yang mempunyai jalur atau urat putih pada bahagian isi ayam?

Mengapa ada urat putih atau jalur di dalam dada ayam? Dan apakah kesannya kepada kualiti ayam?

Bagaimana Urat Putih Itu Terhasil Dalam Dada Ayam?

Menurut seorang profesor di Jabatan Sains Ayam di Universiti Georgia, beliau menyatakan bahawa urat putih yang terdapat dalam dada ayam adalah serat yang berlaku secara semula jadi yang dipanggil white stripping atau jalur putih.


Keadaan ini terjadi apabila ayam dibiakkan untuk pertumbuhan yang cepat. Kebiasaannya, ayam ternakan kilang akan dibesarkan pada kadar yang melampau dan hidup dalam keadaan sempit serta selalunya kotor.

Jalur putih tersebut akan muncul pada ayam apabila mereka tidak menjalani pertumbuhan otot yang sepatutnya, selain ia turut menimbulkan masalah pada aliran darah dan oksigen. 

Hasilnya, tisu otot pada ayam akan digantikan dengan tisu dan lemak yang berserat, di mana secara tidak langsung turut mengurangkan nilai atau protein daging kepada 9% sahaja, sementara kandungan lemak pula mencapai sehingga 224%.

Seperti yang anda ketahui, bahagian dada ayam sepatutnya tidak mempunyai banyak lemak di dalamnya. Jadinya, dengan kehadiran jalur putih, kualiti dalam daging dada ayam menurun yang disebabkan oleh deposit lemak dalam otot semasa pertumbuhan dan perkembangan mereka. 

Adakah Selamat Untuk Makan Ayam Dengan Jalur Putih?

Jawapannya ya. Ayam dengan jalur putih selamat dimakan. Tetapi, kebanyakan pelanggan akan cenderung membeli ayam tanpa jalur putih. 

Jalur putih bukan isu keselamatan makanan dan tidak menjejaskan kebajikan ayam. Adakalanya ayam dengan ‘pertumbuhan perlahan’, ayam organik dan ayam jarak bebas semuanya boleh mempunyai jalur putih juga.


Tidak ada kebimbangan keselamatan makanan. Namun, syarikat penternakan ayam seharusnya melakukan proses pertumbuhan ayam yang normal. Ia bertujuan untuk meningkatkan pilihan pengguna, kesihatan manusia dan kesejahteraan haiwan

Bolehkah Jalur Putih Mempengaruhi Rasa Ayam?

Kesan utama jalur putih pada hidangan adalah, ia mungkin tidak mengambil perapan yang banyak. Namun, ia bukanlah satu perkara yang menjejaskan rasa ayam.

Selain itu, jalur putih pada dada ayam akan mengekalkan kelembapan semasa memasak berbanding ayam tanpa jalur.

Komen