Makanan adalah sumber utama untuk mana-mana haiwan dan haiwan perliharaan termasuk kucing, anjing, hamster dan juga arnab. Ia kerana makanan adalah sumber kelangsungan hidup.

Mengikut pengalaman, deria bau sangat penting dalam menarik kucing untuk mengenali makanan dan juga dalam membantu merasa makanan yang diberikan.


Kucing Mempunyai Deria Keenam – Organ Jacobson Dan Tindak Balas Flehmen

Kucing dan kebanyakan haiwan perliharaan mempunyai keupayaan untuk merasakan rasa dan bau yang mana kaedah ini tidak boleh dilakukan oleh manusia.

Struktur biologi yang memudahkan haiwan alat berkuasa ini digunakan untuk mencari makanan dan pasangan dipanggil organ Jacobson atau dikenali sebagai organ vomeronasal.

Organ Jacobson menghubungkan mulut ke saluran hidung yang membolehkannya untuk “rasa-bau” aroma makanan dan feromon di persekitarannya.


Kucing mempunyai 30 reseptor berbeza dalam organ ini, berbanding sembilan pada anjing. Jadinya, dengan kehadiran beberapa simbiosis mulut, hidung, dan organ Jacobson, ia membolehkan kucing merasakan intipati rasa dan bau.

Anda berkemungkinan besar telah melihat kucing anda melakukan tindakan ini sekurang-kurangnya sekali sehari. Ia digelar sebagai tindak balas flehmen yang mana kucing akan melakukan analisis data dengan cara tersendiri.

Tindak balas flehmen ini dilakukan menerusi dua saluran air liur kecil yang dikenali sebagai saluran nasopalatine. Tindak balas ini tidak berlaku secara automatik seperti bernafas, tetapi kucing kebiasaannya akan membawa bau sehingga ke organ Jacobson. 


Secara mudahnya, jika anda mendapati kucing anda menghidu dan mendongakkan sedikit kepala ke atas, ia adalah tindak balas flehmen yang dilakukan untuk mengenali makanan mereka.

Kucing Tidak Dapat Melihat Makanan

Pernahkah anda perasan sesetengah kucing nampaknya tertumpu pada tempat kosong dalam mangkuk makanan mereka dan mengabaikan kibbles yang tersorok di bahagian tepi pinggan?

Hal ini kerana mereka tidak dapat melihatnya. Sesetengah teori mencadangkan bahawa kucing anda tidak makan sisa kibbles kerana mereka tidak dapat melihatnya.

Walaupun mereka adalah haiwan pemburu yang prolifik dan mahir secara semula jadi, kucing sebenarnya mempunyai penglihatan yang agak lemah.

Tambahan jika makanan tersebut diletakkan betul-betul di hadapan hidung mereka. Hal ini kerana, bawah hidung hingga ke dagu mereka sebenarnya adalah titik buta yang menyebabkan mereka tidak mengetahui terdapatnya makanan untuk mereka.

Oleh sebab itu, anda dicadangkan untuk meletakkan makanan berdekatan dengan misai kucing kerana kebanyakannya mempunyai misai yang sensitif kepada bau.

Sumber: Pethelpful Cuteness