Carian
Melihat Cahaya Merah Gelap Selama 3 Minit Boleh Meningkatkan Daya Penglihatan
December 23, 2021 Lina Rosli

Penggunaan peranti pintar dan gajet yang terlalu kerap sememangnya boleh mendatangkan kemudaratan kepada mata. Lebih-lebih lagi jika menggunakannya dalam keadaan sekeliling yang gelap.

Hal ini kerana, pada spektrum cahaya, cahaya biru mempunyai panjang gelombang yang lebih pendek, dan dengan itu membawa lebih banyak tenaga berbanding cahaya merah, kuning atau hijau.

Di samping itu, cahaya biru juga boleh menyebabkan kesan antioksidan dan boleh mempercepatkan peluang seseorang untuk mengalami degenerasi makula. Kesannya, cahaya biru boleh menyebabkan penglihatan mata menjadi lebih teruk dari masa ke semasa. 


Mengapa Kesan Penglihatan Boleh Merosot?

Selain pendedahan kepada cahaya biru, faktor lain yang mempengaruhi penglihatan adalah peningkatan umur. Kebiasaannya, penglihatan akan merosot selepas umur 40 tahun dan dikaitkan dengan pengurangan 70% dalam ATP yang bermaksud sel kekurangan tenaga untuk berfungsi dengan baik.


Menurut pakar juga, retina dikatakan akan menua dengan lebih cepat selain dengan peningkatan usia. Semakin meningkat usia, kulit kita semakin nipis dan berkedut. Proses yang sama berlaku di dalam mata kita yang mana pendedahan cahaya yang kerap akan menjejaskan retina, iaitu lapisan sel di bahagian belakang bola mata yang sensitif. 


Untuk pengetahuan anda, individu yang lebih muda mempunyai retina yang berkilat dan licin sementara retina individu yang lebih tua sering kelihatan gelap dan berkedut.

Bukan itu sahaja, di dalam retina juga terkandung mitokondria yang banyak. Mitokondria dalam mata sering dipanggil sebagai kuasa sel. Ia akan menghasilkan tenaga untuk membantu meningkat daya penglihatan.

Jadinya, jika terdapat kerosakan mitokondria yang berterusan ia akan menyebabkan mata kehilangan fungsi. Kerosakan yang meluas kepada mitokondria menyebabkan sel mati kerana tidak lagi dapat menghasilkan tenaga yang mencukupi. 

Melihat Cahaya Merah Gelap Selama 3 Minit Boleh Meningkatkan Daya Penglihatan

Kajian daripada penyelidik di University College London di United Kingdom mendapati bahawa penggunaan jenis cahaya yang betul boleh memperbaiki penglihatan yang semakin menurun.

Untuk pengetahuan anda, pendedahan selama 3 minit kepada cahaya merah gelap pada waktu pagi sekali seminggu boleh memperbaiki penglihatan yang merosot akibat penuaan.


Kajian tersebut dilakukan keatas lalat dan tikus, sebelum dilakukan ke atas manusia. Menurut pakar, cahaya merah gelap yang digunakan mempunyai panjang gelombang 670 nanometer.

Penampilan cahaya tersebut kepada mata akan peningkatan penglihatan yang dan boleh mempengaruhi mitokondria. Cahaya tersebut dikatakan akan mengecas mitokondria dan membolehkan mereka meningkatkan pengeluaran tenaga yang telah menurun dengan usia atau penyakit.

Walau bagaimanapun, peningkatan daya penglihatan ini sememangnya akan mengambil sedikit masa dan para penyelidik masih lagi memerlukan data yang cukup kuat untuk menyokong kajian ini.

Selain itu, tahap peningkatan daya penglihatan juga berbeza antara individu walaupun dari kumpulan umur yang sama. 

Sumber: Science Alert MNT NCBI

Komen