Carian
Pembuat Jam Bell & Ross Membuka Dua Butik Baharu Di Pavillion Bukit Jalil Dan 1 Utama
December 23, 2021 Lina Rosli

Bell & Ross dilihat memperluaskan jejaknya di Malaysia dengan membuka dua butik baharu di Lembah Klang iaitu butik mono-jenama di Pavilion Bukit Jalil mewah dan kedai pop-up di 1 Utama Shopping Centre.

Bagi yang tidak mengetahui, Bell & Ross diasaskan oleh Bruno Belamich dan Carlos A. Rosillo pada tahun 1993. Ia merupakan jenama jam tangan mewah dari Swiss yang baharu.


Bell & Ross ialah sebuah syarikat bebas yang menghasilkan jam selain turut hadir dengan kemahiran reka bentuk instrumen profesional dan tahan lasak seperti jam tangan untuk juruterbang dan penyelam.


Dari segi rekaan dan estetika jam tangan, jenama ini nampaknya memenuhi kualiti premium bagi kebanyakan jenama Swiss. Kebanyakan koleksi Bell & Ross juga membawakan rekaan yang bersih, menggunakan palet monokromatik yang membolehkan bahan dan model jam tangan kekal relevan sepanjang zaman.

Untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh mengunjungi butik Bell & Ross bermula hari ini di Pavilion Bukit Jalil yang mana di sana ia akan mempamerkan model eksklusif butik dan koleksi kegemaran peminat yang boleh anda dapatkan.

Komen