GoCar mengumumkan program bantuan banjir untuk perkhidmatan GoCar Garage yang memerlukan servis dan penyelenggaraan kereta akibat terjejas banjir sehingga Januari 2022.
Menerusi program itu, GoCar menawarkan diskaun 25% untuk kenderaan yang memerlukan penggantian alat dan komponen yang telah rosak.
Untuk membantu mengurangkan kebimbangan mengenai kewangan dan akses kepada pengangkutan persendirian yang selamat, GoCar turut menawarkan penggunaan percuma kenderaan GoCar Share sehingga 14 hari semasa kenderaan pelanggan berada di pusat servis.
Mereka yang memerlukan kereta untuk tempoh yang lebih lama boleh memilih langganan dengan penjimatan 50 peratus pada kenderaan GoCar Subs terpilih. Kedua-dua pilihan adalah tertakluk kepada ketersediaan dan hanya boleh dinikmati oleh pelanggan yang mendaftar untuk Program Bantuan Banjir GoCar.
Selain itu, pelanggan yang merupakan pengguna Maybank juga boleh memanfaatkan Pelan Pembayaran Maybank Ezy untuk membantu meringankan beban kewangan mereka ketika melakukan pembayaran bagi kerja-kerja servis dan penyelenggaraan.
Bagi anda yang ingin mendapatkan bantuan perkhidmatan, kunjungi ke aplikasi GoCar dan mula menjadualkan dan mengesahkan janji temu anda hari ini. Untuk butiran mengenai kempen ini, hubungi GoCar di 1-300-30-2633.