Tubuh badan manusia terdiri dari lebih 600 otot yang mana masing-masing memiliki fungsi yang tertentu. Antara fungsinya termasuk mengepam darah ke seluruh badan, memanaskan tubuh dan juga membantu anda mengangkat barangan runcit yang berat.
Namun, apabila menginjak ke usia 30-an, tubuh badan mula kehilangan jisim otot secara berperingkat yang mana keadaan ini disebut sebagai sarcopenia. Oleh sebab itu, setiap inividu perlu cakna dengan kesihatan diri serta mengamalkan senaman dan diet yang diperlukan oleh tubuh.
Mengapa Individu Akan Kehilangan Otot Secara Beransur-Ansur Sepanjang Peningkatan Umur?
Badan anda biasanya menyimpan isyarat untuk pertumbuhan dan penuruna dalam keseimbangan. Jadinya, apabila usia anda meningkat, badan anda menjadi tahan atau melawan isyarat pertumbuhan sekaligus mengakibatkan tubuh kehilangan otot.
Oleh yang demikian, penjagaan kesihatan otot antara langkah terpenting yang boleh kita ambil dan sebenarnya ia cukup mudah untuk melakukannya.
Seperti yang anda tahu, protein merupakan ‘sahabat rapat’ otot kerana amda memerlukan protein dalam diet anda untuk membantu badan anda membaiki dan membuat sel yang baru. Selain itu, protein juga penting untuk pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak, remaja, dan wanita hamil.

Kepentingan Protein Untuk Tubuh
Orang dewasa disarankan untuk mengambil sekitar 30g protein dalam setiap hidangan.
Hal ini kerana, pengambilan protein yang tidak mencukupi dalam diet boleh menyebabkan badan kita lebih cepat letih, seterusnya menjejaskan motivasi untuk menjalani gaya hidup sihat.
Tambahan pula, disebabkan berlaku penuaan lebih-lebih lagi melibatkan golongan yang berusia, maka pengambilan makanan kaya protein adalah penting bagi setiap hidangan utama bagi memaksimumkan manfaat protein.
Oleh sebab itu, keperluan pengambilan Ensure Max Protein dari Abbott adalah baik untuk membantu mengisi jurang nutrisi apabila sajian harian tidak lagi memadai.
Melalui Ensure Max Protein, ia bukan sahaja mengandungi 30g protein bermutu, tetapi juga 25 vitamin dan mineral, serta kandungan gula serendah 1g. Jadi, kita dapat memenuhi keperluan nutrisi harian tanpa risau akan kehadiran kalori.
Lebih 75% pengguna Ensure Max Protein bersetuju bahawa makanan tambahan protein yang rendah gula ini telah membantu mereka kekal bertenaga sepanjang hari. Selain itu, ia juga sesuai untuk mereka dengan intoleransi laktosa atau mereka yang mengamalkan diet bebas gluten.
Selain protein, pengambilan Vitamin D yang mencukupi dapat membantu mengurangkan risiko jatuh dan patah tulang dalam orang dewasa serta amalan senaman juga sama penting untuk membina dan mengekalkan kekuatan otot seiring peningkatan usia.

Harus disedari, tindakan sekecil berjalan-jalan dan membawa beg beli-belah juga bermanfaat kepada tubuh badan. Sudah tentulah tubuh anda memerlukan lebih protein untuk membina dan membaiki otot seiring amalan gaya hidup yang aktif.