Kini bukan sekadar Coca Cola dan air Sejora sahaja yang boleh anda dapatkan bersama pembelian hidangan makanan di KFC kerana nampaknya KFC mula memperkenalkan Colonel Coffee di beberapa rangkaian KFC terpilih sama ada menerusi pesanan di kedai fizikal dan juga pembelian melalui pandu-lalu.

Menurut perkongsian video pendek oleh KFC ini, Colonel Coffee ini menawarkan pilihan minuman Caffe Latte dan Americano yang diperbuat daripada 100% biji kopi Arabica premium.
Untuk pengetahuan anda, biji kopi Arabica menghasilkan kopi dengan rasa yang lembut dan manis sesuai untuk sajian umum. Selain itu, rasa Arabica juga sering dilengkapi dengan rasa gabungan coklat, kacang, buah dan beri seklaigus menjadikan rasa kopi anda lebih wangi dan beraroma.
Anda boleh mendapatkannya sama ada pembelian secara berasingan atau menaik-taraf minuman biasa kepada Colonel Coffee pada harga bermula RM1.60 sahaja.

Setakat ini, bagi anda yang ingin mencuba Colonel Coffee, ia ditawarkan di rangkaian KFC sekitar beberapa kawasan di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.
- KFC Petronas USJ 20
- KFC Subang 2 Shah Alam DT
- KFC Berjaya Times Square
- KFC Kuchai Lama
- KFC Kajang DT
- KFC Tasik Prima Puchong DT
- KFC Cyberjaya
- KFC Kota Damansara v
- KFC Wangsa Maju DT
- KFC Sunway Metro
- KFC Raja Laut
- KFC Mid Valley
- KFC Nilai Square DT
- KFC Petronas Taman Tun DT
- KFC Kepong 2 DT
- KFC Bukit Kemuning DT
- KFC Section 7 Shah Alam DT
- KFC Taman Sentosa DT
- KFC Setia Alam DT