Secara umumnya, kedua-dua kimbap dan juga sushi gulung merujuk kepada hidangan nasi yang digulung dan diletakkan bersama beberapa bahan lain di dalamnya seperti stik ketam, telur, rumpai, timun dan banyak lagi.
Seringkali menjadi kekeliruan dalam kalangan individu yang mungkin tidak begitu biasa dengan makanan luar, maka ada yang mungkin tersalah ketika melakukan pesanan.
Apakah Perbezaan Antara Kimbap Dan Sushi Gulung?
Perbezaan utama antara kimbap dan sushi ialah jenis sos atau seasoning yang digunakan.
Sushi gulung adalah gulungan nasi Jepun yang dibumbui dengan cuka manakala kimbap pula adalah nasi gulung Korea yang dicampur dengan minyak bijan. Oleh sebab itu, kimbap mempunyai rasa yang sedikit lebih manis jika dibandingkan dengan sushi gulung.
Bukan itu sahaja, kimbap dan sushi turut berbeza dari segi pengisian dan penggunaan nasi. Sebagai contoh, untuk kimbap, ia menggunakan beras bijirin pendek dan juga sederhana semasa menyediakan kimbap. Tetapi kebanyakan orang Korea akan memilih beras hitam dan beras perang
Sementara, sushi gulung pula cenderung memakai beras Japonica kerana ia mempunyai lebih kanji dan mempunyai paras amilopektin yang lebih tinggi berbanding dengan varieti beras lain.
Pati tambahan ini memberikan nasi yang dimasak tekstur yang agak melekit. Oleh itu, lebih mudah untuk makan nasi japonica dengan penyepit dan sesuai untuk membentuknya bersama-sama menjadi gulungan sushi.
Walau bagaimanapun, jika anda seorang peminat sushi yang masih belum mencuba kimbap, anda pasti sukar untuk memahami perbezaan antara kedua-dua jenis nasi gulung ini.
Kimbap Dan Sushi Gulung Juga Mempunyai Pencicah Yang Berbeza
Selain cara penyediaan kedua-dua kimbap dan sushi yang berbeza, sos pencicahnya juga adalah tidak sama. Untuk kimbap, kebiasaannya ia akan disajikan bersama kimchi.
Manakala, sushi gulung pula akan dihidangkan bersama jeruk halia sebagai pembersih dan penyegar rasa di mulut.
Jenis-Jenis Kimbap Di Pasaran
Berikut adalah beberapa jenis kimbap yang boleh anda cuba:
- Weonjo Kimbap: Di Korea, ini adalah gaya kimbap yang paling biasa. Bahan-bahan termasuk daging atau ketam dengan sayur-sayuran seperti perilla, acar lobak dan timun.
- Yachae Kimbap: Bagi mereka yang tidak mahu makan daging atau ikan, cuba versi ini, iaitu kimbap sayuran.
- Nalchial Kimbap: Versi ini dilengkapi dengan telur ikan yang ditambah di atas atau di dalam kimbap.
- Chamchi Kimbap: Orang Korea membuat kimbap ini dengan ikan tuna dalam tin.
- Sogogi Kimbap: Ia adalah kimbap daging lembu yang sangat mewah dalam kalangan orang Korea.
- Chungmu Kimbap: Ini adalah gulungan kimbap mini. Biasanya, ini dibuat dengan hanya beras dan rumpai laut.
- Chijeu Kimbap: Orang Korea juga menikmati kimbap yang diletakkan keju di dalam atau atasnya.
- Nudeu Kimbap: Versi ini menampilkan jenis kimbap yang mana digulung dengan nasi di bahagian luar gulungan kimbap.
- Samgak Kimbap: Ia adalah veris kimbap segitiga. Kimbap ini biasanya adalah murah berbanding versi lain dan rupa luarannya sama seakan onigiri Jepun.
Sudahkah anda mengetahui perbezaan antara kimbap dan sushi gulung?
Harus diingatkan, sushi bukanlah sekadar ikan mentah atau makanan mentah yang dihidangkan bersama kicap masin dan manis. Tetapi ia sebenarnya turut mempunyai nasi yang juga memainkan peranan paling penting dalam membuat sushi. Apa yang paling penting, perkataan “sushi” itu sendiri merujuk kepada nasi bercuka dengan rasa masam.