Carian
Kekal Aktif Untuk 2022 – Lakukan Aktiviti Fizikal Berintensiti Sederhana Sekurang-Kurangnya 150 Minit Setiap Minggu
December 28, 2021 Lina Rosli

Berikutan tubuh badan yang semakin menua dari tahun ke tahun yang lain, maka amatlah penting untuk anda mengamalkan gaya hidup sihat dengan cara memantau keseimbangan diet harian dan melakukan senaman yang bersesuaian.

Hal ini adalah usaha untuk kekal sihat demi kesejahteraan mental dan fizikal selain ianya juga merupakan satu keperluan untuk memastikan kesinambungan hidup. Sehubungan dengan itu, Amway Malaysia telah mengorak langkah untuk memperkasa rakyat Malaysia menjadikan gaya hidup yang seimbang suatu keutamaan melalui sebuah webinar.

Selain mengamalkan gaya hidup yang seimbang, kita juga haruslah sentiasa memantau tabiat pemakanan demi mendapatkan tenaga yang mencukupi serta mengelakkan daripada masalah makan berlebihan.


Untuk kekal aktif, kita digalakkan untuk melakukan aktiviti fizikal yang berintensiti sederhana sekurang-kurangnya selama 150 hingga 300 minit setiap minggu demi manfaat kesihatan yang optimum. Ianya juga membantu meningkatkan hormon-hormon endorfin serta dapat mengurangkan tekanan harian leboh-lebih lagi selepas penat bekerja.

Mulakan Diet Yang Sihat Dengan Menambah Sumber Protein Dalam Hidangan

Ya benar, diet yang sihat akan memberikan khasiat dan nutrien yang penting untuk tubuh sekaligus membantu mengurangkan risiko masalah penyakit-penyakit lain seperti obesiti, penyakit jantung atau diabetes.

Oleh sebab itu juga, anda boleh mula mengamalkan diet yang sihat dengan mula menambah sumber protein sihat dalam pemakanan harian. Menerusinya, ia dapat memberikan peningkatan dan pemulihan otot serta penurunan berat badan.


Selain itu, protein merupakan makronutrien kepada badan yang akan dipecahkan menjadi asid amino. Ianya penting untuk tumbesaran, pemeliharaan tisu badan selain  membantu untuk mengekalkan berat badan yang sihat, menahan rasa lapar serta mempercepatkan pemulihan otot.

Untuk pengetahuan anda, sumber protein boleh didapati melalui pengambilan makanan semulajadi yang berprotein, suplemen protein dan pengganti-pengganti makanan yang lain. Sebagai contoh, sumber protein secara semulajadi termasuklah daging, ikan, telur, tauhu, kacang dan produk tenusu.

Tahukah Anda, Rakyat Malaysia Mengambil Kopi, Teh Dan Minuman Protein Sebagai Minuman Pagi Mereka?

Menurut tinjauan yang dilakukan Amway Malaysia, keputusan tinjauan menunjukkan bahawa rakyat Malaysia lebih gemar untuk mengambil kopi, teh dan minuman protein sebagai minuman pagi mereka.

Mengapa sedemikian? Salah satunya mungkin disebabkan kopi dan teh sentiasa berada dalam senarai minuman di kebanyakan kedai yang menjadikannya mudah untuk diakses.

Namun, untuk minuman protein pula adalah disebabkan oleh faktor atau usaha untuk menjalani gaya hidup yang lebih sihat. Minuman protein boleh menjadi pelengkap kepada elemen-elemen diet yang lain.

Anda perlu mempunyai diet yang sihat dan seimbang dengan mengambil satu atau dua minuman protein dalam usaha untuk mengekalkan pengurusan berat badan yang baik dan kekal sihat. Senaman berterusan yang digandingkan dengan tabiat pengambilan makanan yang sihat boleh membawa kepada gaya hidup yang seimbang.


Dengan adanya inisiatif dan pendedahan yang positif dari Amway Malaysia,  ia diharap dapat memperkasa orang ramai tentang kepentingan gaya hidup yang seimbang dan pengambilan protein kepada kesihatan secara keseluruhannya.

Selain itu, dengan kolaborasi dengan pakar-pakar kesihatan serta pakar dietetik juga, individu turut boleh mengetahui lebih lanjut mengenai kesihatan diri dengan lebih terperinci. Sesi webinar ini terbuka kepada orang ramai dan boleh dilayari di laman Facebook Amway Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.amway.my/. 

Komen