Genting Cruise Lines melalui Star Cruises dilihat telah memulakan pelayaran pertama mereka menggunakan kapal Star Pisces dari Pulau Pinang.

Sejak industri pelayaran tempatan tergendala akibat pandemik COVID-19 pada akhir tahun 2019, ia sedikit sebanyak telah menjejaskan pelancongan domestik dan serantau.


Sebagai pelayaran pertama yang beroperasi di bawah norma baharu di Malaysia, Star Cruises telah memperkenalkan dan melaksanakan langkah-langkah keselamatan dan pencegahan yang dipertingkatkan untuk melindungi para penumpang dan anak-anak kapal yang mana mereka akan beroperasi dengan had penumpang sebanyak 50% dan setiap penumpang dan anak kapal hendaklah di sahkan mendapat vaksinasi penuh untuk COVID-19.

Pelayaran Star Pisces menawarkan dua pakej utama iaitu pelayaran 1 malam ke Selat Melaka dan 2 malam ke Pulau Langkawi pada harga yang berpatutan harga bermula RM329 untuk satu malam dengan pilihan bilik INTERIOR atau RM389 untuk bilik OCEANVIEW.


Dengan inisiatif ini, Genting Cruise Lines berharap dapat terus membangunkan industri pelayaran dan pelancongan Malaysia dengan membawa penumpang-penumpang dari luar negeri melalui kapal-kapalnya yang kini berlabuh di rantau ini. Bergerak ke hadapan juga, Genting Cruise Lines merancang untuk berlayar lebih banyak di beberapa kawasan termasuk Phuket dan Medan.

Untuk keterangan lanjut atau tempahan kruis Star Pisces, sila layari laman web www.starcruises.com atau hubungi agen-agen pelancongan anda.