Nampaknya, HABIB telah melabuhkan tirai mereka untuk tahun 2021 menerusi pembukaan bilik pameran yang ke 31 di Pavilion Bukit Jalil. Ia merupakan bilik pameran yang terbesar di Malaysia yang berkeluasan 4,414 kaki persegi.

Bersama-sama dengannya adalah penawaran kedai di lokasi strategik yang mana anda akan menjumpai kedai HABIB sejurus selepas memasuki pintu utama dan ruang legar Pavillion Bukit Jalil.


Menurut HABIB, pembukaan bilik pameran baharu ini bertujuan untuk memudahkan akses pelanggan yang mana mereka boleh merasai dan mencuba sendiri barangan kemas yang bernilai tinggi sebelum membuat pembelian.

Pelaburan HABIB dalam bilik pameran Pavilion Bukit Jalil baharu ini adalah bukti komitmen dalam memenuhi permintaan yang sentiasa berubah dan ianya membezakan serta meletakkan kami selangkah ke hadapan. Walaupun dengan norma baharu, pelanggan boleh terus membeli-belah dengan selesa dan tanpa bimbang.


Untuk pengetahuan anda, sebanyak lebih daripada 2,000 rekaan yang unik boleh anda dapatkan di HABIB. Dengan adanya variasi rekaan ini, ia dijangka dapat memenuhi keperluan dan menepati citarasa untuk setiap lapisan umur.

Bagi anda yang sedang mencari koleksi terbaru yang sesuai buat golongan muda dan kanak-kanak, mungkin anda boleh mencuba koleksi Disney x HABIB Frozen.


Sementara, anda yang mungkin ingin mendapatkan barang perhaiasan untuk majlis yang bakal dilangsungkan pula, mungkin anda boleh melihat koleksi Oro Italia 916, berlian dan batu permata, serta berlian bersijil antarabangsa iaitu GIA dan juga Hearts On Fire yang merupakan potongan berlian yang paling sempurna di dunia.


Selain itu, uniknya bilik pameran ini adalah terdapat ruangan kolaborasi yang merupakan kawasan khas bagi menampilkan kempen istimewa. Ruangan komuniti turut tersedia untuk acara peribadi dan pameran eksklusif untuk memberi keselesaan dan privasi kepada para pelanggan.