Lina Rosli Diterbitkan 30 August 2022

Mengapa Pentingnya Minum Air Selepas Bangun Dari Tidur?

Untuk makluman anda, air merupakan keperluan utama untuk tubuh. Selain itu, air juga ialah nutrien penting yang mana sekiranya badan anda tidak dapat bekalan yang mencukupi, ia sedikit sebanyak akan memberi kesan ke atas kesihatan.

Secara umumnya, kira-kira 60 peratus daripada tubuh manusia terdiri. Tidak hanya digunakan untuk menghilangkan rasa dahaga untuk kekal aktif, air di dalam badan juga diperlukan untuk melincirkan sendi, mengawal suhu badan, mengangkut nutrien, dan mengeluarkan sisa yang terkumpul.

Oleh yang demikian, apabila hilangnya air di dalam tubuh badan, ia secara tidak langsung akan mengganggu proses dan beberapa fungsi biologi yang sangat bergantung pada penghidratan yang betul.

Menurut pakar, badan setiap individu secara semula jadi akan kehilangan air setiap hari melalui proses biasa seperti kencing, berpeluh, dan juga menghembus nafas. Oleh itu, ia perlu digantikan semula bagi menjamin kesejahteraan diri terutama sekali selepas bangun tidur.

Apabila anda sedang tidur, anda tidak boleh terus minum air. Namun, badan anda akan terus menggunakan dan kehilangan cecair sepanjang malam. Sehubungan itu, minum air ketika anda mula-mula bangun pada waktu pagi sudah tentu boleh memberikan beberapa faedah yang sihat.

Membantu Mencegah Dehidrasi

Menurut Perpustakaan Perubatan Negara, dehidrasi boleh membuat anda letih dan pening. Oleh itu, mengisi semula tubuh dengan segelas air adalah perkara pertama pada waktu pagi yang perlu anda lakukan bagi mencegah perkara ini dengan mendorong proses rehidrasi, memastikan tisu dan organ anda mendapat cecair yang mereka perlukan dengan segera.

Meningkatkan Prestasi Mental

Minum air pada waktu pagi berupaya memaksimumkan ketajaman mental dan produktiviti anda sepanjang hari. Hal ini sekiranya tubuh badan anda mengalami dehidrasi, ia akan dikaitkan dengan kabus otak dan sakit kepala. Jadi, minum segelas air adalah cara terbaik untuk meningkatkan prestasi mental dan mengurangkan risiko kehilangan ingatan jangka pendek dan penurunan tahap kepekaan.

Merangsang Metabolisma Anda

Tanpa mengira masa, air minuman boleh melancarkan metabolisme anda. Khususnya, air sejuk boleh mencetuskan dan menghidupkan mekanisma di dalam tubuh yang dipanggil thermogenesis diaktifkan apabila tubuh sejuk.

Ini bermakna badan anda memanaskan air tersebut dengan menghidupkan metabolisma anda, sebanyak 30 peratus iaitu selama kira-kira sejam.

Konklusinya, minum air pada waktu pagi adalah baik untuk anda kerana ia membantu memastikan badan anda kekal terhidrat. Dapatkan air minuman kira-kira separuh daripada berat badan anda sehari atau minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.