DoubleTree by Hilton Shah Alam Bakal Hadir Dengan 4 Acara Lestari Baharu Setiap Tahun

September 1, 2022
Uncategorized

Lina Rosli

Bersama-sama pelancaran DoubleTree by Hilton di Shah Alam i-City baru-baru ini, hotel ini dilihat hadir dengan penawaran baharu di bawah inisiatif lestari iaitu siri Kelestarian MICE.

Siri kelestarian ini merupakan usaha terbaru Hilton untuk membawa jenama itu ke arah masa hadapan yang lebih hijau dan lebih lestari yang mana sebelum ini, Hilton telahpun menerima pengiktirafan untuk Kepimpinan Kelestarian oleh Indeks Kelestarian Dow Jones buat kali kelima berturut-turut.

Demi meneruskan usahanya, Hilton kini mengejar masa hadapan yang mesra alam melalui inisiatif karbon neutral. Acara yang pertama dalam siri ini akan diadakan pada setiap suku tahun bagi menunjukkan bagaimana kelestarian boleh disepadukan dengan cara yang kreatif dan mencipta impak sosial.

Antara inisiatif yang telah dijalankan adalah berkenaan kelestarian makanan. Hilton bekerjasama dengan vendor makanan utama dalam mempersiapkan hidangan yang mementingkan asal-usul bahan dan menyertakan sekali motif asli dan lestari kepada pengunjung.

Bagi menjayakan inisiatif ini, Hilton menampilkan bengkel yang dikendalikan oleh barisan rakan vendor DoubleTree by Hilton, termasuk Benns Ethicoa, pembuat coklat artisan tempatan yang memperolehi ramuannya daripada petani serantau, sekaligus memberi peluang kepada para hadirin untuk merasai kualiti coklat buatan Malaysia.

Selain Benns Ethicoa, para hadirin turut menyertai sesi merasa makanan Chef’s Table di Makan Kitchen
yang merangkumi makanan lestari seperti Tindle, produk ayam berasaskan tumbuhan oleh Next Gen
Foods yang berpangkalan di Singapura, dan tanaman bernilai tinggi oleh Green World Genetics, sebuah
syarikat Malaysia berasaskan R&D yang mengkhusus dalam menghasilkan benih hibrid tropika bukan
GMO berkualiti tinggi.

Para hadirin juga diperkenalkan dengan hasil tanaman tempatan daripada BoomGrow, rangkaian petani
tempatan yang menggunakan data bagi mewujudkan persekitaran yang memberikan hasil dengan kualiti
yang konsisten sepanjang tahun, dan Secai Marche, sebuah syarikat Jepun berpangkalan di Malaysia
yang menyediakan perkhidmatan terus ke ladang yang menggalakkan kelestarian untuk petani.

Sekiranya anda ingin berkunjung ke DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City, hotel ini menampilkan hospitaliti yang pelbagai dan canggih yang boleh disesuaikan mengikut keperluan anda. Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi mereka atau hubungi +603 5521 8808.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd