Secara umumnya, tungsten merupakan bahan logam yang keras yang tahan lasak yang kini menjadi pilihan kebanyakan pengeluar bahan perhiasan diri.
Hal ini kerana, jika dibandingkan dengan bahan-bahan lain di bumi seperti gangsa, emas dan tembaga, tungsten merupakan logam yang mempunyai nilai titik lebur yang tinggi dan ini sekaligus menjadikannya satu-satunya logam yang mempunyai ketahanan terhadap suhu panas yang melampau tanpa menjejaskan rupa asal.

Untuk pengetahuan anda, tungsten boleh dipanaskan pada suhu yang mencapai 3,422°C. Dan sebagai perbandingan, berikut adalah nilai titik lebur untuk logam-logam bumi yang lain:
- Rhenium – 3,180°C
- Titanium – 1670°C
- Keluli Karbon – 1425 hingga 1540°C
- Keluli Tahan Karat: 1375 hingga 1530°C
Melihat kepada kelebihan ini, ia sedikit sebanyak telah menjadikan populariti logam tungsten melonjak naik. Berikut adalah beberapa kelebihan lain yang turut boleh membantu anda membuat pertimbangan untuk mendapatkan cincin yang diperbuat daripada logam ini.
Kuat Dan Keras Tetapi Harga Mampu Milik
Sangat mudah untuk memahami mengapa cincin tungsten menjadi begitu popular apabila anda memahami banyak faedahnya. Salah satu keistimewaan tungsten adalah merujuk kepada kekuatannya.
Semua orang mendengar tentang betapa kuatnya cincin tungsten yang mana pada skala kekerasan, tungsten terletak pada kedudukan 9.5 iaitu 0.5 mata dibawah berlian. Sementara cincin yang diperbuat daripada titanium pula berada di kedudkan skala 6, platinum (4) dan emas putih (3).

Bukan itu sahaja, cincin tungsten juga jauh lebih murah daripada cincin titanium, emas, emas putih, atau platinum. Ini disebabkan oleh latar belakang industri tungsten. Ia kerap digunakan dalam jentera berat dan oleh sebab itu ia dipasarkan pada harga yang rendah.
Malah, ia juga bukan logam yang ditemui secara semula jadi seperti emas, yang bermaksud tidak ada buruh paksa atau lombong digunakan untuk mendapatkannya. Tungsten karbida boleh dibuat dengan mudah di kilang dan ianya sekaligus dapat mengurangkan kos pembuatan yang kemudiannya diserahkan kepada pengguna.
Tahan calar Dan Tidak Mudah Pudar
Cincin platinum atau emas teroksida akan memerlukan penyelenggaraan yang kerap. Anda perlu membersihkannya dan menggilapnya dan setiap kali anda melakukannya. Dan sewaktu proses ini, anda berisiko untuk turut menanggalkan beberapa logam berharga pada cincin berkenaan.
Sementara, cincin tungsten pula adalah sangat keras sehingga kebanyakan perkara tidak akan dapat menjejaskan struktur dan binaan cincin tersebut. Permukaan tungsten yang digilap akan kelihatan cantik seperti hari anda membelinya.

Faedah cincin tungsten adalah apa yang menjadikannya istimewa jika dibandingkan dengan logam lain. Cincin tungsten sangat keras, tahan lebih lama, tidak luntur, dan datang dalam lebih banyak bentuk dan gaya.
Bagi anda yang mencari cincin yang ingin digunakan pada waktu harian, cincin tungsten adalah pilihan yang ideal. Usah risau akan kemasan yang dipaparkan pada logam tungsten kerana ianya tidak menunjukkan perbezaan yang ketara jika diletakkan pada sebelah cincin yang lebih mahal.