Carian
Isian Petrol Di Setel Lebih Pantas Menggunakan Ciri Baharu One-Tap Fuelling
September 5, 2022 Lina Rosli

Tidak dinafikan, kini proses pengisian minyak di stesen minyak Petronas sememangnya telah menjadi mudah dengan kehadiran aplikasi Setel.

Di tambah lagi dengan pengenalan ciri baharu “One-Tap Fuelling”, pengguna kini boleh melakukan pembayaran untuk pengisian minyak dengan pantas yang mana hanya memerlukan satu tekan sahaja.

Bagaimana Cara Menggunakan One-Tap Fuelling?

Berikut adalah langkah yang boleh anda praktikkan:

  1. Tetapkan jumlah atau nilai RM yang ingin diisi.
  2. Aktifkan butang One-Tap Fuelling.
  3. Mulakan pengisian di pam dan stesen minyak yang anda kunjungi.

Untuk jumlah isian, Setel setakat ini hanya membenarkan pembayaran menggunakan Setel Wallet sahaja. Oleh itu, pastikan anda telah menambah nilai kredit yang mencukupi pada dompet akaun anda sebelum melakukan pengisian minyak.

Setakat ini, ciri One-Tap Fuelling ditawarkan secara berperingkat kepada semua pengguna dan dijangka akan diperluaskan kepada umum dalam masa terdekat.

Komen