FamilyMart kini memperkenalkan cawangan pandu-lalu nirtunai pertama mereka di Caltex Puncak Alam.
Menerusi pengenalan ini, pengguna kini mempunyai lebih banyak lagi pilihan pesanan untuk mendapatkan variasi hidangan makanan dan minuman yang digemari seperti set Oden, snek panas, sofuto, rangkaian kopi sejuk dan banyak lagi.
Sekiranya anda ingin berkunjung dan melakukan pesanan pandu-lalu ini, FamilyMart menawarkan pilihan pembayaran menggunakan kad debit atau kredit dan juga dompet digital GrabPay, Touch ‘n Go eWallet dan juga Boost.
Untuk waktu operasi pula, cawangan Pandu-Lalu Nirtunai FamilyMart ini dibuka bermula jam 7 pagi sehingga 12 malam setiap hari.