Lina Rosli Diterbitkan 9 September 2022

The Coffee Bean & Tea Leaf Malaysia Kini Berusia 25 Tahun

Setelah 25 tahun menyajikan variasi pilihan kopi dan pastri kepada pelanggan setiap mereka, The Coffee Bean & Tea Leaf Malaysia kini meraikan ulang tahun mereka dengan memperkenalkan variasi minuman dan pencuci mulut baharu yang disediakan khas untuk tempoh terhad.

Mengambil inspirasi daripada warna ikonik mereka, The Coffee Bean & Tea Leaf membawakan hidangan yang hadir dengan warna ungu dan dipadankan dengan rasa yang digemari rakyat Malaysia.

Menurut TCBTL juga, sambutan ulang tahun yang ke-25 ini bertujuan untuk meraikan setiap detik manis yang telah sikongsi bersama, biarpun menerusi secawan kopi, sepotong kek atau juadah-juadah yang lain.

Dirumus khas sempena sambutan ulang tahun yang ke-25, anda boleh mencuba minuman Lavender Cold Brew Latte pada harga bermula RM14.50. Memetik ilham daripada cawangan kedai di Malaysia selama 25 tahun, Lavender Cold Brew Latte membawakan kopi bru yang dingin dengan sentuhan lavender, dan pastinya dalam tema ungu. 

Turut hadir bersama ialah menu lain yang merangkumi aneka kek seperti Twilight Berry dan Murasaki Blondie. Anda juga boleh mencuba kombinasi enak antara keladi dan kelapa dalam bentuk Coco Yam Tart serta santapan yang lazat dan mudah dinikmati, iaitu Purple Swirl dan Pecan Caramel Muffin bersama-sama dengan Asam Beef Pandesal yang menggiurkan.

Bukan itu sahaja, bersempena ulang tahun Ke-25 ini juga, anda boleh menikmati pelbagai promosi menarik seperti:

  • Diskaun RM2.50 untuk barangan Makanan Ungu dengan pembelian menggunakan Kad TCB, yang berlangsung dari 9 hingga 11 September.
  • Pada 16 hingga 18 September, bersempena dengan sambutan Hari Malaysia, anda boleh menikmati diskaun 16% untuk mana-mana minuman bru sejuk.
  • Baucar diskaun RM5 pada 23 hingga 25 September dengan pembelian The Original Mocha Ice Blended, The Original Vanilla Ice Blended, Chai Tea Latte (panas / ais), Latte (panas / ais), Cappuccino (panas / ais), atau Americano (panas / ais)
  • Pada 23 hingga 30 September, nantikan kod promosi pada lamanThe Coffee Bean & Tea Leaf untuk diskaun 25% untuk mana-mana Makanan Ungu dan dapatkan hidangan ungu percuma dengan tambah nilai Kad TCB minimum RM100.