Carian
Pesta Kopi Kembali Lagi – Kini Diadakan Di Sapura Bluedome Mines Pada 10 & 11 September 2022
September 10, 2022 Lina Rosli

Bagi anda yang menggemari kopi dan juga tumbuhan hijau, jangan ketinggalan untuk berkunjung ke Pesta Kopi By The Lake & Botanica yang diadakan di Sapura Bluedome Mines, Seri Kembangan.

Berlangsung selama dua hari iaitu pada 10 dan 11 September 2022, terdapat pelbagai aktiviti menarik serta variasi pilihan juadah kopi dan pastri yang boleh anda nikmati bersama seisi keluarga dan juga rakan-rakan.

Sekiranya anda ingin mendapatkan secangkir kopi, berikut adalah beberapa senarai kedai yang boleh anda lawati sewaktu berada di Pesta Kopi By The Lake ini; NH Coffee Brew, The Carpenter’s Coffee, Kugiran Kopi, Achtung! Coffee, Kodai Koffe dan banyak lagi.

Selain itu, tak lengkap kunjungan anda tanpa membeli sebarang tumbuhan dan succelents menarik untuk rumah dan ruang kerja anda. Di Pesta Kopi By The Lake & Botanica ini, anda boleh mendapatkan pelbagai pilihan bunga, tumbuhan rumah dan bermacam-macam lagi di kesemua vendor-vendor yang terlibat seperti:

  • Tropical Treasures
  • Rebung Garden
  • LizAziz Terrarium

Di samping membeli kopi dan tumbuhan rumah, anda juga boleh menonton pameran kereta mewah Mustang di kawasan parkir berhadapan dengan bangunan Bluedome Mines.

Pastikan anda tidak ketinggalan dalam merasai pengalaman Pesta Kopi sambil menikmati keindahan suasana di tepi tasik yang tenang selain turut menyertai acara-acara lain yang dianjurkan.

Kunjungi ke Pesta Kopi By The Lake & Botanica pada hujung minggu ini bermula jam 11 pagi sehingga 8 malam bersama keluarga dan rakan-rakan anda bagi memeriahkan lagi acara kali ini di Sapura Bluedome Mines. Ketika acara ini juga, pihak penganjur turut menyediakan perkhidmatan shuttle dari LRT Sungai Besi dan KTM Serdang bagi yang memilih untuk bergerak menggunakan pengangkutan awam.

Komen