Untuk tahun ketiga berturut-turut, KOMONO nampaknya telahpun memperbaharui kontrak kerjasamanya dengan jabatan fesyen Royal Academy of Fine Arts Antwerp. Dalam kerjasama terbaru ini, KOMONO dilihat hadir dengan koleksi yang mengetengahkan produk daripada lima pelajar sarjana di Royal Academy of Fine Arts Antwerp.
Koleksi kapsul ini adalah sebahagian daripada projek baharu, KOMONO NEXT yang merupakan projek percubaan berterusan bagi meneroka sempadan aksesori fesyen dan platform untuk beberapa bakat paling kreatif di dunia.
Untuk mengetahui lanjut tentang koleksi yang ditampilkan, berikut adalah 3 daripada 5 koleksi untuk KOMONO X Royal Academy of Fine Arts Antwerp:
KOMONO x Karolina Widecka
Diinspirasikan oleh seni keagamaan Mexico, cermin mata ini direka sebagai tanda perlindungan untuk pemakainya dengan penampilan kaca yang dipecahkan pada bar atas.
KOMONO x Kaya Gayoung
Kaya Gayoung Lee pula hadir dengan rekaan yang memfokuskan cinta sebagai bahasa universal dan bagaimana ungkapan kasih sayang secara lisan boleh diterjemahkan ke dalam pakaian dan cermin mata.
KOMONO x Mohammed el Marnissi
Koleksi Mohammed el Marnissi pula merujuk kepada mitos Arab tentang dua kekasih yang mempunyai konflik dan membina labirin untuk merahsiakan hubungan mereka. Diterjemahkan dalam bentuk bingkai cermin mata yang mempunyai lapisan berganda seolah-olah terdapat dua bingkai diletakkan di atas satu sama lain. Digabungkan dengan palet warna kecoklatan dan grafik yang diilhamkan oleh lukisan Verner Panton, cermin mata ini terasa khas 60-an dan mendedahkan kisah cinta dalam pembikinan.
Untuk koleksi ini, kesemua cermin mata ini dijual pada harga RM899 sebuah. Untuk mendapatkannya, anda boleh kunjungi ke butik fizikal yang terpilih iaitu:
- Vernakular Store
- Time Zone Gallery Ampang
- Time Zone IOI City Mall Putrajaya
- Time Zone Sogo Kuala Lumpur
- Time Zone Vivacity Megamall