Tidur yang nyenyak pada waktu malam sesungguhnya membawa pelbagai manfaat. Malah tidur berkualiti setiap malam membantu menguatkan sistem imun, menceriakan suasana hati, menambah baik fungsi jantung, serta menggalakkan berat badan yang lebih sihat dan meningkatkan fungsi otak.
Namun, jika sebaliknya, kekurangan tidur pula akan menimbulkan gangguan emosi, kemurungan, ketenteraman dan kesan negatif lain. Oleh yang demikian, untuk memastikan tidur individu tidak terganggu dengan aktiviti dan perkara yang boleh merosakkannya, individu perlu mendapatkan kawasan tidur yang selesa dan sempurna.

Di Coway, mereka kini menyediakan siri tilam baharu yang menjanjikan pengalaman tidur yang baik kepada individu menerusi siri Prime II.
Tilam ini dibina dengan busa dan binaan yang berudara dan memberi rasa sejuk sewaktu anda baring di atasnya. Malah, ia turut dilengkapi dengan sokongan maksimum yang mana ia menggunakan teknologi terbaru daripada Coway memastikan tilam tersebut disesuaikan mengikut bentuk dan postur badan individu.
Bagi anda yang berminat, tilam ini disediakan dalam saiz queen dan king dengan rangka katil dan kepala berkulit PU yang berwarna baldu biru dan kelabu gelap. Ini sekaligus memberikan hasil yang tampak anggun, mewah dan moden. Tilam ini juga terletak selesa dengan ketinggian dasar berkaki tinggi, untuk memudahkan pembersihan permukaan di bawah katil dengan vakum robot.

Di dalam siri tilam Prime II juga, ia ditawarkan sekali pelapik (topper) tilam baharu yang mempunyai ciri-ciri anti-statik dan menghasilkan kesan penyejukkan untuk melegakan tekanan dan memastikan kualiti tidur yang nyaman dan lebih melenakan.
Sekiranya ingin mendapatkannya, tawaran siri tilam Prime II boleh dilanggan pada hanya RM139 sebulan. Pelanggan bukan sahaja mendapat tilam, tetapi juga menerima perkhidmatan penjagaan tilam Coway yang membersihkan tilam secara berkala. Layari laman rasmi www.coway.com.my sekarang untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang siri tilam Prime II.