Carian
IKEA Malaysia Pertama Kali Memperkenalkan Gelato Berasaskan Tumbuhan
September 15, 2022 Lina Rosli

Sekiranya anda peminat aiskrim gelato, sudah tentu anda tidak mahu ketinggalan dalam mencuba produk istimewa daripada IKEA iaitu gelato berasaskan tumbuhan yang ditawarkan dalam 4 perisa berbeza.

Antara perisa-perisa yang ditawarkan IKEA termasuklah perisa yang dekat dengan masyarakat tempatan seperti kelapa, strawberi, coklat dan lingonberi. Menjadikannya menarik adalah penawaran pembungkusan mudah simpan yang berbentuk silinder pelbagai warna dengan isipadu sebanyak 473ml setiap satu.

Menurut IKEA, gelato ini tersedia kepada umum untuk tempoh yang terhad iaitu sehingga 31 Disember 2022. Untuk mendapatkannya, anda perlu mengunjungi ke mana-mana rangkaian Swedish Market IKEA berdekatan anda.

Komen