Carian
Gucci X Adidas Memperkenalkan Rekaan Topi Berganda – Tampil Bergaya Lain Dari Yang Lain
September 15, 2022 Lina Rosli

Untuk kolaborasi antara Gucci dan adidas kali ini, ia menampilkan produk yang aneh tapi menarik dan baharu iaitu topi berganda.

Mengambil inspirasi daripada memori lampau Pengarah Kreatif Gucci pada tahun 80-an dan 90-an, motif dan lambang yang diperkenalkan Gucci kini ditambahbaik dengan campuran bersama motif jenama pakaian sukan popular adidas dan sekaligus menghasilkan satu siri rupa hibrid.

Topi ini merupakan topi besbol yang menampilkan dua sisi yang sama tetapi berbeza rekaan. Berdasarkan gambar yang dikongsikan, pada bahagian sisi yang pertama, ia hadir dengan rekaan bercorak yang menampilkan logo Gucci yang disusun secara monogram.

Manakala pada bahagian sisi yang kedua pula, ia hadir dengan tiga jalur ikonik adidas berwarna putih yang memberikan imej yang tampak lebih kasual. Melengkapkan kolaborasi ini adalah gabungan logo adidas Trefoil bersama-sama dengan nama Gucci pada sisi pertama topi.

Untuk pengetahuan anda, setiap bahagian dibahagikan kepada separuh dan kemudiannya disambungkan di tengah oleh jahitan dalaman yang tidak kelihatan dan menggunakan teknik squatchee. Dengan ini, ia bukan sahaja memberikan estetika yang menarik, tetapi juga memberikan kemudahan untuk individu tampil bergaya dengan hanya satu topi sahaja.

Menurut laman jualan, topi unik dari Gucci dan adidas ini dijual pada harga $810 USD dan setakat ini ia hanya terhad untuk pasaran Amerika Syarikat terlebih dahulu.

Komen