7CAFé Menawarkan Aiskrim Pedas, Flaming Choco – Menggunakan Sos Cili Lingham Extra Hot

September 15, 2022
Uncategorized

Lina Rosli

Apakah rasa yang terhasil sekiranya anda menggabungkan coklat bersama sos cili pedas di dalam satu hidangan?

Sekiranya anda ingin mengetahuinya, 7CAFé baru-baru ini hadir dengan satu perisa aiskrim edisi terhad iaitu Flaming Choco. Ia merupakan aiskrim yang diperbuat daripada sos cili pedas Lingham bersama-sama dengan coklat. Melalui gabungan kedua-dua bahan ini, anda akan menikmati rasa pedas dan manis dalam setiap gigitan aiskrim lembut (soft serve).

Untuk mendapatkannya, anda boleh berkunjung ke mana-mana rangkaian 7CAFé berdekatan anda dan nikmati aiskrim unik ini sementara stok masih ada.

Khusus buat anak-anak yang berumur 13 tahun ke bawah, 7-Eleven turut menyatakan pada poster mereka bahawa pembelian aiskrim Flaming Choco ini perlu dilakukan dibawah pengawasan ibu bapa atau ahli keluarga yang lebih tua.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd