Jenama Tyson kini sudahpun tiba di Malaysia yang mana ia dilihat membawa bersama standard global dalam produk ayam sejuk beku yang telah dimasak sempurna.

Memaparkan pilihan produk yang berkualiti dan 100% Halal, rangkaian produk Jenama Tyson membawakan lebih dari 3 produk yang pastinya digemari ramai termasuklah Ayam Goreng Klasik, Kepak Ayam Buffalo, Karaage Ayam, Hirisan Ayam Ranggup, Peha Ayam Panggang, Tender Ayam Digril dan Nuget Ayam. 

Dengan kepakaran selama lebih 80 tahun dalam industri makanan, Tyson memperkenalkan sajian dan snek lazat yang dapat memudahkan penyediaan hidangan di rumah selain turut menggunakan teknologi signature salutan tiga kali Jenama Tyson untuk keranggupan maksimum.

Bukan itu sahaja, Tyson juga hadir dengan kaedah perapan vakum bagi memastikan setiap gigitan lembut, berjus dan kaya dengan rasa. Jenama ini juga, tidak perlu dinyahbeku sebelum dimasak yang mana pengguna boleh menyediakannya terus, daripada peti sejuk beku ke penggoreng, dengan tiga langkah mudah – koyak pek, goreng ayam dan terus hidangkannya kepada keluarga.

Sekiranya anda ingin mencuba mempertingkatkan pengalaman masakan di rumah anda, dapatkan pek Ayam Tyson dengan 7 pilihan enak di pasar raya berdekatan anda. Anda juga boleh mendapati produk enak Tyson melalui laman web Tyson.