Berdasarkan Laporan Alam Sekitar Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika (EPA), udara dalaman seperti di dalam rumah ataupun bangunan adalah 2 hingga 5 kali lebih tercemar jika dibandingkan dengan udara luar.

Malah, pengudaraan yang tidak sihat ini telah memberi kesan kepada kesihatan individu dan menjadi antara 5 risiko yang menjejaskan alam sekitar. Antara sebab yang merujuk kepadanya ialah aliran udara dalaman tidak beredar sekerap udara luar.

Oleh sebab itu, bahan pencemar udara seperti habuk, bulu haiwan peliharaan, debunga, hama habuk dan virus serta bakteria biologi lain terus berkembang dan membiak di ruang dalam bangunan. 

Di samping itu, asbestos juga merupakan salah satu bahan pencemar yang turut berupaya menjejaskan kesihatan. Ia digunakan sebagai bahan penebat bagi paip, jubin lantai dan bahan binaan bangunan. Asbestos juga boleh ditemui pada karbon monoksida yang biasanya hadir di dalam lampu kerosin dan pemanas gas serta racun perosak yang sering digunakan di rumah untuk menyingkirkan serangga dan haiwan perosak lain.

Bahan-bahan lain yang mengandungi asbestos termasuklah:

  • asap rokok
  • cat
  • pengawet kayu
  • semburan aerosol
  • penyegar udara
  • bahan disinfektan

Bagaimana Cara Untuk Memastikan Udara Di Dalam Rumah Adalah Selamat?

Untuk memastikan udara dalaman bebas daripada semua bentuk bahan pencemar berbahaya yang tidak boleh dikesan oleh mata kasar, penulen udara ialah penyelesaian terbaik bagi menangani masalah ini.

Penulen udara sudah lama terbukti menyegarkan udara hapak dan meningkatkan kualiti udara dalaman dengan ketara. Alat ini juga didapati mengurangkan masalah kesihatan yang berpunca daripada bahan pencemar, seperti jangkitan pernafasan, asma dan juga kerengsaan mata, hidung dan tekak.

Tidak sekadar itu, kualiti udara kurang baik juga boleh menyebabkan sakit kepala, kelesuan atau ruam kulit akibat alahan atau bahan pencemar tertentu. 

Sejak sebelum pandemik Covid-19, penulen udara telah membantu ramai rakyat Malaysia meningkatkan kualiti udara di dalam rumah masing-masing.

Selain daripada menambah baik kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan, penulen udara juga menyingkirkan acuan dari udara, memerangkap debunga dari tumbuh-tumbuhan dalam atau luaran, meneutralkan bau kurang menyenangkan dan meningkatkan kualiti tidur keseluruhan. Alat ini juga didapati berupaya menapis bahan pencemar yang tidak boleh dibersihkan menerusi pencucian harian. 

Dan salah satu daripada penulen udara utama di pasaran Malaysia yang terbukti mampu membasmi dan menyingkirkan 99.999% daripada bahan pencemar ialah penulen udara daripada jenama Coway. 

Coway hadir dengan beberapa pilihan penulen udara dan antara produk yang mendapat maklumbalas yang baik dari orang ramai ialah penulen udara Lombok III dan Storm.

Apa yang menjadikan penulen udara ini sungguh unik dan berkesan ialah penapis Double HEPA, penapis piawaian emas yang terbukti membasmi 99.999% daripada virus berbahaya, termasuk varian Omicron Covid-19.

Baru-baru ini, Coway juga melancarkan Noble, iaitu sebuah penulen udara berteknologi pintar serba baharu.  Dengan reka bentuk pemenang anugerah bertaraf dunia, Noble ialah penulen udara yang perlu dimiliki untuk menyegarkan ruang dalam rumah. Ia dilengkapi dengan lima jenis penapis berbeza yang mempunyai pensterilan UVC tambahan dalam sistem penapisan 6-langkah unik.

Bagaimana Proses Penulenan Udara Oleh Noble Coway Berfungsi?

  1. Pra-penapis 4D akan menyingkirkan zarah habuk besar, helaian rambut dan bulu haiwan peliharaan.
  2. Penapis Asap pula bertindak menghalang gas-gas berbahaya seperti Nitrogen Dioksida (NO2) daripada beredar di udara.
  3. Langkah ketiga, Penapis Alergen akan mengurangkan alergen daripada anjing dan kucing dan juga kutu habuk yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar.
  4. Penapis Penyahbauan pula bertindak menghilangkan bau busuk dan gas berbahaya.
  5. Seterusnya dalam langkah 5, Penapis Double HEPA 4D bersedia menyahaktifkan sehingga 99.999% virus termasuk varian Omicron Covid-19, Influenza A (H1N1) dan Koronavirus Manusia.
  6. Akhir sekali, Pensterilan UVC menyahaktifkan sehingga 99.9% bakteria seperti E.Coli.

Selain daripada lima penapis berbeza, Noble turut hadir dengan petunjuk LED menyala pada bahagian atas penulen. Ini bertujuan untuk memaklumkan tahap kualiti udara kepada pengguna dengan empat warna berbeza. Contohnya, petunjuk akan menyala dalam warna biru untuk baik, hijau untuk biasa, kuning untuk kurang baik dan merah untuk teruk. 

Penulen udara ini juga dilengkapi dengan sensor habuk, cahaya dan gas dengan empat penetapan mod iaitu; smart (pintar), turbo, silent (senyap) dan eco (mesra alam). Seberat 15kg dan berukuran 320 x 320 x 805mm (lebar x diameter x tinggi), penulen udara anggun ini boleh dimuatkan di mana-mana, walaupun dalam ruang yang kecil, tanpa sebarang masalah.c

Untuk butiran lanjut, kunjungi www.coway.com.my bagi mendapatkan maklumat lebih terperinci tentang rangkaian penulen udara Coway.