Selain lipas dan juga anai-anai, semut juga adalah serangga yang paling sering kita temui di rumah.

Sebelum itu, tahukah anda yang mana terdapat kira-kira 12,000 spesies semut yang telah dikenalpasti.  Namun, hanya 1% daripadanya adalah yang kita sering lihat di kebanyakan bangunan, rumah dan persekitaran tempat tinggal anda.

Untuk pengetahuan anda, dalam satu jurnal yang dikeluarkan oleh National Academy of Sciences, para saintis menganggarkan terdapat kira-kira 20 kuadrilion semut di muka Bumi. Jumlah ini dilihat telah meningkat sekitar dua hingga 20 kali lebih tinggi daripada yang sebelumnya.

Menurut Sabine S. Nooten, ahli ekologi serangga dan penyiasat utama sementara di Universiti Würzburg di Jerman, jumlah tersebut merupakan satu jumlah yang besar. Dalam mendapatkan jumlah tersebut, para saintis menggunakan teknik mensintesis data daripada pelbagai kajian empirikal yang telah dilaksanakan sebelumnya.

Dalam satu kajian lain yang dilakukan oleh ahli biologi terkenal Bert Hölldobler dan Edward O. Wilson yang telah dilakukan sebelum ini, mereka hadir dengan anggaran global antara 1 kuadrilion dan 10 kuadrilion semut. Jumlah ini diandaikan sekiranya semut membentuk kira-kira 1% daripada anggaran populasi serangga dunia.

Para saintis turut menggunakan set data komprehensif yang menjangkau sehingga 80 tahun bagi meramalkan rupa komuniti atau persekitaran masa depan semut. Sebagai contoh, dalam kajian yang dijalankan, mereka akan menganggarkan bilangan semut yang tinggal di tanah, yang padat dengan penduduk kawasan tropika dan subtropika, seperti hutan Amerika Selatan.

Dan saintis turut menekankan bahawa perubahan dalam pertanian atau cara hutan ditebang boleh memberi kesan kepada bilangan semut.

Sumber: CNN