Jika anda lihat akan amalan gaya hidup masyarakat masa kini, ramai dalam kalangan ibu bapa cenderung terlepas akan saat-saat bermakna bersama anak-anak mereka.

Perkara ini berkemungkinan besar didorong oleh faktor kesibukan kerja yang mana ia membuatkan masa yang diluangkan bersama keluarga menjadi terhad. Oleh yang demikian, Jordan Asia Pacific Sdn Bhd, iaitu jenama terkemuka rangkaian Jordan Kids Universe dengan telah melancarkan kempen Jordan Can’t Smile Without You.

Pelancaran kempen ini bertujuan untuk membantu lebih ramai ibu bapa meraikan detik indah yang mencipta senyuman bersama anak-anak kesayangan mereka.

Berdasarkan hasil tinjauan yang dijalankan oleh Jordan ke atas ibu bapa di Malaysia, ia mendedahkan bahawa waktu paling gembira untuk kanak-kanak adalah di saat mereka menikmati waktu bersama keluarga yang berkualiti.

Di sini, hasilnya boleh dikatakan amat mengejutkan kerana kanak-kanak tersebut tidak meminta untuk mendapatkan permainan atau tengok wayang bersama, namun 86% peserta mengatakan masa berkualiti bersama keluarga adalah perkara pertama yang membuatkan mereka tersenyum.

Dengan adanya senyuman yang sihat, ia bukan sahaja dapat mengembangkan hubungan peribadi antara keluarga tetapi turut membina keyakinan mereka dalam kehidupan seharian. Oleh itu, Jordan bertekad untuk menjadikan kempen Jordan Can’t Smile Without You sebagai misi dalam melebarkan lagi senyuman suci anak-anak yang akan sering diingati dan disemat di hati apabila dewasa kelak.

Untuk mendapatkan senyuman yang lebih berseri dan suci, rutin penjagaan gigi yang konsisten adalah penting. Di sinilah waktu yang mana Jordan memainkan peranan utama dalam menjadikan proses penjagaan gigi mudah, menyeronokkan dan mampu untuk dilakukan.

Kebersihan Penjagaan Gigi Kanak-kanak

Dalam kajian sama yang dilakukan Jordan juga, ia mendapati 97% peserta menggunakan berus gigi yang sesuai mengikut umur kanak-kanak, manakala 62% peserta menyatakan mereka menukar berus gigi kanak-kanak pada setiap tempoh tiga bulan.

Menurut Dr Noorhidayah Bt Zainal Aalam, Pensyarah Pergigian, Jabatan Pediatrik, Pergigian & Ortodontik di Fakulti Pergigian, Universiti Malaya berkata, amalan penjagaan gigi yang baik amat penting untuk mengelakkan kanak-kanak dari masalah gigi reput (karies).

Karies boleh disebabkan oleh plak gigi yang tumbuh di sekitar mulut. Ia mengandungi sejenis bakteria yang membiak apabila terdapat gula dan unsur karbohidrat, dan akhirnya mengakibatkan terhasilnya kaviti jika ia berada di permukaan gigi untuk beberapa ketika. Dan oleh kerana ini adalah masalah penyakit yang biasa berlaku di seluruh dunia, pendidikan awal tentang kepentingan penjagaan gigi dan memberus dengan konsisten boleh membantu mengelakkan masalah karies dan kaviti.

Senyuman yang sihat sangat mempengaruhi interaksi sosial, di mana ianya memberi kesan yang penting tentang bagaimana kanak-kanak itu dilihat, dirasai kehadirannya serta tanggapan orang lain terhadapnya. Kajian juga menunjukkan bahawa kanak-kanak tanpa karies memberi senyuman yang lebih positif dan akan menunjukkan gigi apabila tersenyum.

Rangkaian Jordan Kids Universe Steps merangkumi 3 jenis berus gigi utama dan 2 jenis ubat gigi berbeza yang disesuaikan mengikut peringkat umur. Untuk ubat gigi, ia diformulasikan dengan bahan semula jadi, berasaskan sayur dan tumbuhan bagi melindungi gigi comel kanak-kanak di samping dilengkapi dengan perisa yang kanak-kanak gemari beserta bungkusan menarik yang berwarna-warni.