Carian
Crocs Menampilkan 4 Pilihan Kasut Getah Yang Dilengkapi Dengan Elemen Ikonik 7-Eleven
September 23, 2022 Lina Rosli

Crocs merupakan antara pengeluar kasut getah yang terbesar di dunia. Bermula sejak tahun 2002, Crocs telah hadir dengan pelbagai rekaan unik selain turut pernah berkolaborasi dengan banyak jenama global dalam menghasilkan kasut getah kegemaran ramai.

Pada awalnya Crocs direka untuk aktiviti luar dan belayar. Ini kerana Crocs diperbuat daripada getah yang anti-gelincir dan kalis air yang menjadikannya mudah kering dan senang untuk digunakan dalam pelbagai acara. Namun, tidak lagi memfokuskan kepada satu-satu kegunaan sahaja, jenama ini dilihat mula menampilkan rekaan yang lebih versatile untuk digunakan pada bila-bila waktu.

Baru-baru ini, Crocs kini dilihat telah bekerjasama dengan 7-Eleven dalam menghasilkan kasut getah yang dilengkapi dengan elemen yang merujuk kepada kedai serbaneka berkenaan.

Mengambil inspirasi daripada warna ikonik dan juga menu jualan popular daripada 7-Eleven, Crocs memperlihatkan 4 pilihan kasut getah yang dikenali sebagai Mega Crush Clog dalam pilihan warna hijau dan jingga, Classic Clog dan juga Classic Sandal.

Kesemua kasut ini membawakan gaya unik yang tersendiri. Sebagai contoh untuk kasut Mega Crush, ia dilengkapi dengan warna tanda yang terang dan bahagian tapak kasut yang menonjol. Ini sekaligus memberikan imej yang tampak berani kepada si pemakai.

Sementara untuk Classic Clogs pula, ia digayakan dengan cara yang lebih bersahaja kerana warna yang digunakan adalah lebih kelam iaitu warna hitam tanpa sebarang penambahan rekaan lain yang menjadikkanya lebih sarat.

Bagi yang berminat untuk mendapatkannya, kasut Crocs X 7-Eleven tidak ditawarkan secara meluas. Jualannya hanya dibuka di Crocs.com untuk tempoh waktu yang terhad.

Komen