Carian
Mula Pesan Hidangan Di Burger King Melalui Aplikasi Touch ‘n Go eWallet
September 27, 2022 Lina Rosli

Selain melakukan pesanan di aplikasi penghantaran makanan seperti GrabFood, FoodPanda dan ShopeeFood, anda juga kini boleh mula melakukan pembelian hidangan kegemaran anda di Burger King terus pada aplikasi Touch ‘n Go eWallet.

Melaluinya, anda hanya perlu memilih rangkaian kedai yang ingin dikunjungi berdasarkan lokasi keberadaan anda untuk ‘self-pickup‘, ataupun menetapkan pilihan ‘dine-in‘ untuk terus menikmati hidangan di kedai.

Terdapat pelbagai sajian makanan dan minuman yang ditawarkan termasuk set burger daging, burger ayam, set sarapan, set burger premium dan banyak lagi.

Untuk pembelian khusus menggunakan aplikasi TNG eWallet pula, anda boleh menikmati promosi untuk set burger Whopper pada harga hanya RM9.90 sahaja menggunakan kod promo TNGWHOPPER. Menarik bukan?

Jangan lepaskan peluang untuk mencuba pengalaman pembelian baharu untuk Burger King menerusi aplikasi TNG eWallet bermula hari ini!

Komen