Carian
Niro Ceramic Group Melancarkan Jubin Nipis Yang Pertama Di Malaysia – Berukuran Hanya 6mm
September 27, 2022 Lina Rosli

Niro Ceramic Group baru-baru ini telah melancarkan jubin “SLIM” iaitu koleksi jubin yang ringan, tipis dan kukuh berukuran hanya 6mm yang pertama di Malaysia.

Jika dibandingkan dengan jubin konvensional yang berada di pasaran, perbezaan saiz adalah sekitar 5mm hingga 12mm. Ini kerana saiz biasa untuk jubin konvensional akan berukuran sekitar 11mm hingga 18mm.

Bukan sekadar itu, jubin nipis juga merupakan produk baharu di dalam siri jubin Niro Granite, yang mempunyai ukuran berat dalam lingkungan 1 kilogram bagi setiap kaki persegi yang mana ia adalah 50% lebih ringan berbanding berat jubin di pasaran.

Menurut Niro Ceramic Group, penawaran jubin nipis ini sebenarnya bertujuan untuk memberikan fleksibiliti kepada pemilik dan juga kontraktor rumah kerana Niro Granite SLIM ini bersifat versatil. Ia tidak hanya lebih mudah untuk dipotong tetapi juga mudah untuk dibentuk bergantung kepada kreativiti individu.

Tambahan lagi, jubin SLIM boleh dipasang di atas permukaan lantai jubin sedia ada, menjadikan proses pengubahsuaian lebih mudah, mesra alam dan menjimatkan waktu pemasangan jubin sebanyak 75%.

Untuk pengetahuan anda juga, jubin SLIM dihasilkan menggunakan 35% kurang bahan mentah berbanding jubin biasa, menyebabkan pelepasan gas rumah hijau berkurangan dan lebih penjimatan tenaga. Malah, jubin ini turut boleh dipasang di atas permukaan lantai jubin sedia ada tanpa perlu mengetuk lantai lama.

Berikut adalah 3 rangkaian jubin SLIM yang ditawarkan di pasaran:

GNS01 Atmos

Jubin ini diinspirasikan oleh marmar putih Calacatta dari kawasan Carrara, Itali. Calacatta mempunyai latar belakang putih asli dengan urat kelabu emas yang cantik dan dramatik selain tidak menampilkan bentuk linear yang corak ini sering dianggap salah satu marmar berpenampilan termewah.

GNS02 Breeze

Berasal dari Carrara, Breeze menggunakan marmar statutory yang mempunyai corak putih terang dengan urat kelabu, mencipta kontras antara warna cerah dan gelap. 

GNS03 Gust

Jubin SLIM GNS03 Gust pula diperbuat daripada batu kapur Aegean. Ia merupakan batu kapur tebal, sesuai untuk rangkaian luas yang melebar, menegak dan aplikasi pengukiran.

Melengkapkannya adalah warna bintik-bintik biru, kelabu, kuning air dan kepelbagaian permukaan gilap. Ia sekaligus menjadikan jubin Gust tampak sofistikated untuk ditempatkan di dinding tinggi atau di lantai.

Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan jubin SLIM dan Niro Ceramic Group, anda boleh kunjungi ke laman rasmi Niro Granite bermula hari ini.

Komen