Maybelline New York yang merupakan sebahagian daripada Kumpulan L’Oreal kini hadir dengan alternatif kepada pengalaman membeli-belah secara fizikal, iaitu pembelian menerusi TikTok Shop.
Menurut Maybelline, TikTok dilihat sebagai satu instrumen penting dalam memastikan produk mereka dapat dicapai oleh pelanggan. Ini disebabkan aplikasi tersebut telah menjadi enjin carian utama dalam kalangan Gen Z dalam mendapatkan arah aliran dan kandungan baharu secara pantas.

Dengan kerjasama bersama Momentum Commerce yang berfungsi sebagai agensi edagang rasmi Maybelline, penawaran produk di TikTok Shop dijangka akan menjadi langkah baharu dalam mencipta dan berhubung dengan pelanggan baharu.
Berdasarkan data yang dikongsikan merangkumi tabiat pengguna di TikTok, sekitar 48% pengguna berminat untuk membuat pembelian di aplikasi berkenaan dalam tempoh 3 bulan akan datang dan separuh daripada pengguna TikTok telah membeli sesuatu selepas menonton TikTok LIVE.

Oleh yang demikian, Maybelline sedia mempersiapkan pengalaman pembelian atas-talian yang lancar menerusi penggunaan teknologi Kaibo yang diselitkan dalam penstriman langsung untuk Maybelline di TikTok Shop serta penyelesaian teknologi AI pintar, Sellercraft.
Untuk mula merasai pengalaman beli-belah yang baharu, kunjungi ke TikTok Shop Maybelline New York Malaysia dan dapatkan barangan keperluan anda bermula hari ini.