Carian
Balenciaga Perkenalkan Program Jual Semula Produk Terpakai
September 28, 2022 Lina Rosli

Label mewah Balenciaga dengan kerjasama platform teknologi dan logistik Reflaunt dilihat hadir dengan program jual semula untuk produk terpakai mereka.

Menerusi program ini, ia dijangka dapat membantu pelanggan menjual pakaian dan aksesori Balenciaga lama kepada jenama berkenaan selari dengan inisiatif mereka untuk bergerak ke arah lestari.

Untuk mula menyertai program ini, pelanggan boleh memilih sama ada menjual barangan Balenciaga terpakai mereka secara atas-talian ataupun menghantarnya ke kedai Balenciaga yang mengambil bahagian, di mana produk tersebut akan dinilai untuk pengesahan dan harga sebelum ia disenaraikan pada rangkaian pasaran global.

Sebelum Balenciaga, terdapat beberapa jenama lain yang turut pernah hadir dengan program seperti ini iaitu Hermes, Valentino dan juga Gucci.

Komen