Kopi Kenangan Bakal Buka Cawangan Pertama Di Malaysia – Dijenamakan Sebagai Kenangan Coffee

September 28, 2022
Uncategorized

Lina Rosli

Menjadi salah satu rangkaian kopi grab-and-go yang paling pesat berkembang di Indonesia, Kopi Kenangan dilihat sedang merancang untuk memperluakan penawaran produk mereka ke seluruh dunia, termasuk Malaysia.

Menggunakan nama Kenangan Coffee, jenama ini dijangka akan memulakan operasinya di Malaysia bermula pada bulan hadapan, iaitu Oktober 2022. Antara menu yang boleh anda nantikan kelak adalah Kopi Kenangan Mantan, Salted Caramel Macchiato, Susu Sultan Boba Gula Aren dan juga Marie Regal.

Setakat ini, lokasi untuk cawangan pertama Kenangan Coffee masih lagi belum diumumkan. Namun, ia dijangka akan dibuka di sekitar kawasan Bandar Sunway.

Bagi yang tidak mengetahui, Kenangan Coffee diasaskan oleh Edward Tirtanata bersama dengan James Prananto dan Cynthia Chaerunnisa pada 2017. Dan sehingga ke hari ini, jenama ini telah mempunyai lebih daripada 800 kedai di 45 bandar di Indonesia. Ia juga turut telah menjual lebih daripada 30 juta cawan kepada umum pada tahun 2020.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd