Anda mungkin menganggap penghidratan adalah sesuatu yang hanya perlu dibimbangkan oleh orang yang mempunyai kulit kering atau dehidrasi.
Namun, tahukah anda bahawa idea menghidratkan kulit ini sebenarnya sama seperti menghidratkan badan anda?
Sebagai contoh, badan memerlukan penghidratan untuk kesegaran dan pemerolehan tenaga. Jadi, semua orang perlu mendapatkan air yang cukup untuk hasil yang terbaik. Sama juga seperti kulit, tidak kira jenis kulit anda, langkah penghidratan adalah penting untuk kulit tampil sihat dan segar.

Tetapi apa sebenarnya penghidratan? Adakah ia sama seperti kelembapan? Dan dengan begitu banyak produk berbeza yang mendakwa ia dapat memberikan dan menghasilkan kulit yang hidrat — bagaimana anda memilih salah satu yang benar-benar memberikan kulit anda dos kelembapan yang kuat yang diperlukannya?
Penghidrat Vs Pelembap – Apakah Perbezaannya?
Secara saintifik, pelembap adalah istilah umum untuk produk penjagaan kulit yang bertindak untuk melembapkan kulit. Dan kebanyakannya akan mengandungi bahan-bahan seperti:
- emolien (lemak dan minyak)
- squalene (minyak)
- humektan
- oklusif
Namun, di pasaran, ramai dalam kalangan syarikat pengeluar menggunakan terma hydrator (penghidrat) yang mana ia merupakan istilah pemasaran yang ditakrifkan oleh jenama mengikut keperluan dan kemahuan mereka.
Selain itu juga, ada dalam kalangan individu juga yang menggunakan istilah seperti hidrat dan kelembapan bagi membantu membezakan cara kulit mendapatkan sesuatu bahan yang diperlukan.

Mengupas lanjut tentang pelembap, ia adalah produk yang mengandungi bahan berasaskan minyak yang mana ia berfungsi dalam mencipta meterai pada permukaan kulit yang menghalang air daripada keluar. Dan kesan daripadanya, ia membuatkan kulit berasa lebih licin, gebu dan kurang kering.
Sementara hydrator pula lebih kepada bahan humektan seperti gliserin atau hyaluronik yang menyerap air daripada atmosfera atau mana-mana permukaan dan kemudian memerangkapnya pada kulit anda.
Adakah Air Adalah Pelembap Yang Baik?
Air sahaja bukanlah bahan yang cukup kuat untuk mengekalkan kulit anda lembap. Ia juga berkemungkinan apabila anda meninggalkan bilik mandi, ia tersejat akan bersama-sama dengan minyak semula jadi kulit anda.
Malah, semakin banyak anda mencuci kulit anda tanpa menggunakan pelembap atau hydrator, semakin besar kemungkinan kulit anda akan menjadi kering dan kusam.

Oleh sebab itu, ia adalah penting untuk anda mengetahui perbezaan di antara kedua-dua produk penjagaan kulit ini bagi menjadikan keperluan kulit lebih mudah untuk dipenuhi selain mengurangkan risiko kemudaratan kepada kulit.
Harus diingatkan, walaupun kedua-dua produk menawarkan matlamat akhir yang sama iaitu memberikan kesegaran dan kesihatan kepada kulit, namun, hydrator dan pelembap memegang kunci yang berbeza dalam memberikan khasiat bahan kepada anda.