Carian
Pepsi Memperkenalkan Minuman Dengan Perisa Istimewa Menerusi Koleksi S’mores
September 29, 2022 Lina Rosli

Pepsi memperkenalkan trio minuman tin mini yang bersaiz 7.5 oz edisi khas menerusi Koleksi S’mores yang mana penawarannya terhad untuk 2,000 pemenang terpilih sahaja.

Tiga perisa S’mores yang ditawarkan di dalam koleksi ini adalah Toasty Marshmallow, Graham Cracker, dan Chocolate yang mana masing-masing hadir dengan rasa asli yang tersendiri.

Menurut Pepsi, pengenalan minuman dengan perisa S’mores ini dilakukan selari dengan lonjakan permintaan bagi produk makanan berasaskan S’mores dalam kebanyakan hidangan snek di pasaran.

Selain itu, Pepsi turut dilihat ingin menggalakkan peminat untuk menggabungkan dan memadankan ketiga-tiga perisa minuman. Ini bertujuan untuk memberikan pengalaman baharu sewaktu menikmati Pepsi kerana bagi setiap kombo yang dihasilkan, ia akan memberikan rasa unik yang tidak pernah ditemui pada minuman di pasaran.

Dalam perkongsian tersebut juga, terdapat beberapa cadangan resipi untuk menggabungkannya. Sebagai contoh, peminat boleh menghasilkan rasa The Classics dengan cara menggunakan:

  • 1/3 minuman Pepsi berperisa Graham Crackers
  • 1/3 minuman Pepsi berperisa Toasty Marshmallow
  • 1/3 minuman Pepsi berperisa Chocolate

Untuk pengetahuan anda, perisa Toasty Marshmallow menampilkan asas marshmallow dengan lapisan nota bakar untuk meniru rasa api unggun yang ringan.

Sementara perisa Graham Crackers pula hadir dengan nota madu dan kayu manis yang menawarkan profil rasa yang unik. Dan sekiranya anda menggemari nota koko dengan sedikit vanila untuk rasa manis dan berkrim, ia hadir pada Pepsi dengan perisa Chocolate.

Komen