Carian
Alternatif Kepada Susu Lembu – Nestlé Perkenal Rangkaian Minuman Tanpa Tenusu Dalam Pek UHT 1L
September 30, 2022 Lina Rosli

Menampilkan variasi yang lebih menyeluruh bagi mencapai lebih ramai pelanggan, kini Nestle hadir dengan rangkaian minuman tanpa tenusu baharu iaitu Nescafe Dairy Free Badam Latte dalam pek UHT 1 liter.

Penawaran ini bertujuan untuk menawarkan kepada individu yang ingin menyajikan kepada keluarga sama seperti rangkaian produk yang lain. Sesuai untuk individu yang menggemari produk berasaskan tumbuhan, minuman Nestle Dairy Free ini menawarkan bahan yang baik dalam menggantikan sumber protein iaitu badam, oat, kacang soya dan kacang pea.

Dengan ini, ia bukan sahaja menampilkan keperluan yang sama seperti susu tenusu lain, tetapi juga memberikan kelebihan yang baik kepada semua pengguna lebih-lebih lagi bagi individu yang mengalami masalah tolerasi ke atas laktosa.

Untuk pengetahuan anda, sebelum ini Nestle telahpun memperkenalkan kepada umum pilihan minuman tanpa tenusu ini bagi produk MILO dan juga Nescafe. Dan ia dilihat mendapat sambutan yang hangat dalam kalangan penggemar.

Ini kerana minuman Nestle Dairy Free ini turut dilengkapi dengan bahan rendah lemak serta bebas kolestrol menjadikannya tergolong dalam kategori minuman yang sihat untuk pengguna. Selain itu, ia turut memenuhi kriteria logo Pilihan Lebih Sihat yang menunjukkan ia hadir dengan kandungan gula dan lemak yang lebih rendah berbanding produk lain dalam kategori minuman kopi. 

Untuk anda yang berminat untuk mendapatkan rangkaian minuman ini, ia kini terdapat dalam varian seperti:

  • MILO Dairy Free Badam (UHT 1L dan PET 225ml)
  • Nescafe Dairy Free Badam Latte (UHT 1L dan PET 225ml)
  • Nescafe Dairy Free Oat Latte (PET 225ml)

Nescafe Dairy Free Badam Latte UHT 1L juga boleh didapati di Jaya Grocer, Village Grocer dan AEON pada harga RM10.50 setiap satu. Pembelian atas talian boleh dibuat melalui Shopee atau Lazada

Komen