Carian
Carlo Rino Memperlihatkan 3 Koleksi Beg Baharu – Siri Bilik Permainan, Bunga Dan Berombak
September 30, 2022 Lina Rosli

Bersempena musim luruh/sejuk yang bakal tiba, jenama fesyen Carlo Rino sudah bersiap sedia untuk menarik perhatian ramai di dalam industri fesyen menerusi koleksi beg tangan terbaru mereka iaitu The Game Room Series, The Flower Bucket Series dan The Wave Series.

Ketiga-tiga koleksi ini memfokuskan kepada individu yang mementingkan rekaan yang estetik di samping menyerlahkan dan menaikkan gaya peribadi dalam rutin harian.

Untuk siri The Game Room, ia hadir dengan corak dan reka bentuk yang mengimbas semula nostalgia permainan arked 80-an dalam gabungan sempurna fesyen dahulu dan masa kini. Di dalam koleksi ini, ia menampilkan beg galas, beg silang badan, dompet, kasut dan rantai kunci yang mana pada setiap item ini, ia hadir dengan corak gabungan bentuk geometri.

Manakala untuk siri The Flower Bucket, ia diinspirasikan oleh bunga-bungaan yang mekar dan menyuntik aura kewanitaan lembut kepada individu. Melengkapkannya adalah penawaran variais beg bucket yang hadir dengan pilihan warna pastel lembut dan digabungkan fabrik baldu, dan rekaan monogram ikonik Carlo Rino klasik. 

Akhir sekali untuk siri The Wave, ia menampilkan rekaan yang memfokuskan keberanian. Koleksi ini mempersembahkan piliha beg berstruktur yang menonjol bersama-sama dengan perincian seni yang unik dan juga kemasan metalik untuk mendapatkan sedikit kilauan tambahan pada gaya beg.

Buat masa ini, harga jualan kesemua produk untuk ketiga-tiga koleksi masih belum diumumkan lagi dan ianya dijangka akan tiba kepada umum dalam tempoh masa terdekat. Kunjungi ke laman rasmi Carlo Rino untuk mengetahui status terkini mengenai penawaran mereka.

Komen