Bersempena perayaan Deepavali yang bakal tiba, IKEA Malaysia tidak ketinggalan dalam memeriahkan sambutan ini dengan menampilkan empat pilihan juadah istimewa yang memfokuskan kepada Nasi Briyani iaitu Lamb Shank, Mutton Veruval, Butter Chicken Masala dan juga hidangan berasaskan tumbuhan iaitu Plant-Based Masala Chicken.

Untuk tidak ketinggalan, jangan lupa untuk kunjungi cawangan IKEA berdekatan anda sama ada di Damansara, Cheras, Tebrau dan juga Batu Kawan dan penuhi keperluan selera anda pada hari Rabu sepanjang bulan Oktober iaitu 5hb, 12hb, 19hb dan 26hb.

Selain daripada menu istimewa masala ini, IKEA turut hadir dengan pilihan kek istimewa iaitu Rainbow Cake pada harga RM8.90 yang mana hidangan ini ditawarkan sepanjang bulan Oktober bermula 1-30 Oktober 2022.

Sementara untuk sajian pagi pula, IKEA dijangka akan menawarkan pilihan hidangan citarasa tempatan seperti Mee Rebus, Soto, Laksa dan lain-lain yang digemari ramai pada harga hanya RM3.50 semangkuk. Untuk maklumat lanjut tentang tawaran Deepavali IKEA, anda boleh layari laman rasmi IKEA bermula hari ini.