FDA Bercadang Untuk Kemaskini Kriteria Bagi Label Makanan Sihat
Lina Rosli
Kira-kira 5% makanan di pasaran dilabelkan sebagai hidangan sihat. Dan kebanyakannya daripadanya menampilkan nutrisi tertentu yang bergantung kepada keperluan seperti lemak, lemak tepu, kolesterol dan natrium, dan ia mesti mengandungi sekurang-kurangnya jumlah minimum untuk vitamin A dan C, kalsium, zat besi, protein dan serat makanan.
Menurut FDA, takrifan pertama bagi label sihat telah diperkenalkan sejak tahun 1994 yang mana ia sudah lapuk untuk digunapakai pada kebanyakan makanan dan minuman pada masa kini.
Sebagai contoh, bijirin tertentu yang mempunyai jumlah gula tambahan yang tinggi masih memenuhi definisi “sihat”, tetapi salmon yang tinggi lemak tak tepu berfaedah pula dikategorikan sebagai tidak.

Oleh yang demikian, FDA baru-baru ini mencadangkan untuk mengemaskini kriteria bagi melabel makanan sihat. Tidak hanya mengambil-kira hanya nutrien individu, tuntutan yang sihat juga akan mengambil kira pelbagai nutrien yang terdapat dalam makanan, serta kepadatan nutrien.
Menurut FDA, pengenalan kriteria baharu yang dikemaskini ini bertujuan untuk memastikan penurunan kadar individu yang menghidapi risiko penyakit kronik selain memberi kesedaran terhadap kepentingan label sihat yang mungkin ramai orang tidak tahu akan definisi sebenarnya.

Antara kriteria yang perlu ada pada produk sebelum pengeluar mula melabelnya sebagai makanan sihat adalah:
- Mengandungi jumlah makanan tertentu yang mempunyai faedah daripada sekurang-kurangnya satu kumpulan atau subkumpulan makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran atau tenusu seperti yang disyorkan oleh Garis Panduan Pemakanan.
- Patuhi had khusus untuk nutrien tertentu, seperti lemak tepu, natrium dan gula tambahan. Sebagai contoh, had untuk natrium perlu sekurang-kurangnya ialah 10% daripada DV. Atau untuk bijirin pula perlu mengandungi tiga perempat daripada satu auns bijirin penuh dan tidak lebih daripada 1g lemak tepu, 230mg natrium dan 2.5g gula tambahan.
Tidak sekadar itu, makanan yang kaya dengan lemak seperti minyak, kacang dan biji tertentu juga seharusnya layak untuk dilabel sebagai hidangan makanan dan minuman yang sihat.