Seiko Memberi Nafas Baru Untuk Koleksi Jam Tangan Presage Sharp Edged Series

October 4, 2022
Uncategorized

Lina Rosli

Seiko hadir dengan koleksi Presage terbaru dengan penampilan yang memfokuskan seni Kabuki – bentuk teater Jepun yang berakar umbi pada zaman Edo abad ke-17 menerusi pengenalan model Seiko Presage Sharp Edged Series.

Untuk pengetahuan anda, pada tahun 2020, Seiko telahpun memperbaharui koleksi ini. Ia membawakan rekaan jam tangan ini yang menggabungkan elemen budaya dan tradisi Jepun bersama-sama dengan ciri moden yang cukup popular pada masa kini.

Namun pada kali ini, untuk edisi yang dicipta semula, ia menampilkan dua jam tangan yang dihadirkan semula menggunakan tali kulit yang unik.  Ia direka dan dihasilkan bagi menghasilkan keseimbangan reka bentuk dan fungsi yang sempurna untuk si pemakai.

Yang membezakan keduanya adalah, penyataan kesenian Kabuki dalam setiap perincian pada muka jam. Dailnya juga menggabungkan corak daun rami Jepun yang dikenali sebagai Asanoha, yang telah digunakan dalam fabrik pakaian Kabuki selama berabad-abad.

Ia juga menggunakan warna persimmon yang kelihatan coklat kemerahan pada rekaan dail yang dikenali sebagai Kakiiro dan merupakan warna tradisional Jepun yang berasal dari keluarga Ichikawa.

Menurut Seiko, antara faktor pemilihan tali khas untuk koleksi Presage ini adalah disebabkan kekuatan dan daya tahan mereka terhadap degradasi akibat terdedah kepada cahaya matahari selain turut mencipta rasa yang lebih bersegi dan kontemporari ketika menggayakannya.

Bagi anda yang berminat, koleksi jam tangan Seiko Presage Sharp Edged Series ini, ia boleh mula didapati di rangkaian kedai fizikal Seiko dan juga kedai jam tangan premium di seluruh Malaysia dan Brunei yang mana ia ditawarkan secara terhad iaitu sebanyak 2,000 utas sahaja di seluruh dunia.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd