Cosmic Cookware Perkenal Periuk Seramik Yang Diperbuat Daripada Bahan Bebas Toksik
Lina Rosli
Memilih dan mendapatkan alatan memasak yang bersesuaian dengan keperluan dan mempunyai nilai estetika yang tinggi merupakan sesuatu yang mungkin sukar untuk ditemui. Namun, terdapat satu jenama yang mungkin boleh mengubah pengalaman memasak anda ke arah yang lebih praktikal iaitu Cosmic Cookware.
Dicipta dengan teliti dan direka dengan ciri yang indah, jenama tempatan Malaysia ini telah memberi inspirasi kepada ramai tukang masak rumah untuk beralih kepada seramik bersalut yang tidak mempunyai toksik pada alat memasak mereka.

Menerusinya, ia bukan sahaja membuatkan pengalaman memasak anda lebih lancar, tetapi memiliki alat memasak yang sepadan dengan gaya hidup. Untuk peralatan dari Cosmic Cookware, ia menggunakan bahan yang bebas daripada bahan kimia (teflon, PFOA, kadmium dan plumbum) selain turut direka bentuk secara estetik sesuai untuk dapur idaman para individu.
Antara koleksi yang ditawarkan termasuklah Cosmo Pan, iaitu kuali ajaib yang boleh digunakan untuk menyediakan makanan secara pantas. Menampilkan saiz iameter 28cm, ia boleh dikatakan cukup besar untuk digunakan sewaktu menyediakan pelbagai jenis hidangan.

Selain itu, Cosmic Cookware turut menyediakan Cosmo Casserole yang merupakan alatan memasak jenis periuk dengan tapak yang lebih luas dan dinding yang lebih pendek, menjadikannya lebih sesuai untuk masakan rumah. Ia juga datang dengan dua pemegang pendek pada kedua-dua belah untuk pemindahan periuk yang mudah dan seimbang. Cosmo Casserole juga selamat untuk pembakaran di dalam ketuhar sehingga 230° C.
Untuk mendapatkan barangan dari Cosmic Cookware, ianya boleh mula dibeli di laman rasmi Cosmic Cookware bermula hari ini pada harga sekitar RM139 hingga RM199 bagi setiap satu barangan.