Mohana Gill Kongsi Cara Penyediaan Hidangan Yang Fleksibel Menerusi 10 Buku Masakan Istimewa

October 4, 2022
Uncategorized

Lina Rosli

Proses penyediaan makanan boleh dikatakan adakalanya rumit dan adakalanya mudah. Ia bergantung kepada bagaimana hasil yang anda inginkan dan apakah objektif yang ingin anda bawakan.

Menurut Mohana Gill, seorang penulis buku dan juga merupakan suri rumah kepada 3 orang cahaya mata, proses penyediaan makanan bukanlah bergantung kepada jenis bahan yang diletakkan di dalam hidangan ataupun alatan memasak yang diguna pakai. Tetapi perkara yang paling utama adalah minat dan kasih yang ingin dipamerkan kepada individu menerusi masakan atau makanan.

Tambah Mohana Gill lagi, berada di dalam sebuah keluarga yang menggemari makanan dan hidangan yang lazat dan bernutrisi, beliau merasakan terdapat satu keperluan yang harus dikongsikan olehnya kepada orang lain iaitu menerusi buku.

Bagi yang tidak mengetahui, Mohana Gill atau lebih dikenali sebagai Mohana telah hadir dengan sebilangan buku yang memenangi anugerah seperti Fruitastic, Vegemania, Hayley’s Fruitastic Garden dan Hayley’s Vegemania Garden, yang ditulis untuk berkongsi pengetahuannya tentang ilmu masakan bersama-sama dengan topik kesihatan dan kesejahteraan.

Bercakap mengenai resipi dan hidangan yang dikongsikan oleh Mohana di setiap buku beliau, Tajria telah berkesempatan untuk mencuba antara menu-menu istimewa yang bukan sahaja menggalakkan anak-anak untuk mencuba menikmati makanan berasaskan buah-buahan dan sayuran, tetapi juga membantu para ibu mendapat inspirasi untuk sajian makan pagi, petang dan malam yang lebih menarik.

Antara menu unik yang Mohana sajikan kepada kami termasuklah:

  • Sup Daun Moringa
  • Kari Jambu Batu
  • Nasi Kelapa Parut
  • Pulut Nangka Bersama Bunga Telang
  • Kebab Cendawan
  • Smoothie Roselle Dan Nanas

Apa yang menarik untuk kesemua hidangan ini, ia tidak terhad hanya menggunakan satu-satu bahan sahaja, tetapi ia sebenarnya boleh dipadankan dengan bahan-bahan lain yang mudah untuk dicari dan disediakan oleh sesiapa sahaja mengikut keinginan dan keperluan mereka.

Sebagai contoh, untuk Kari Jambu Batu, anda juga boleh menggantikannya dengan buah-buahan lain seperti tembikai, nangka, cendawan dan sebagainya. Mohana berkata, masakan tidak bergantung pada bahan, tetapi persembahan yang ingin ditampilkan kepada dunia.

Beliau turut menegaskan bahawa, jadikan aktiviti memasak sebagai aktiviti penting bersama keluarga. Ini kerana, apabila makanan disediakan bersama-sama, ia dilihat membantu memberikan pendedahan tentang kepada anak-anak tentang keperluan masakan selain turut menjadikan hubungan antara ahli keluarga menjadi lebih rapat dan lebih berkualiti.

Sehingga kini, Mohana Gill telah menghasilkan sekitar 20 buah buku dan 10 daripadanya adalah genre yang memfokuskan buku masakan. Dan beliau menjangkakan turut akan hadir dengan sebuah lagi buku baharu yang memfokuskan kepada satu bahan masakan yang mungkin tidak begitu dikenali ramai tetapi menawarkan nutrisi yang baik untuk badan iaitu Moringa.

Kelebihan utama moringa termasuklah merawat gangguan pada perut seperti sembelit, gastritis dan kolitis ulseratif. Sifat antibiotik dan antibakteria moringa boleh membantu menghalang pertumbuhan pelbagai patogen, dan kandungan vitamin B yang tinggi membantu pencernaan.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd