Khusus buat penggemar hidangan dengan citarasa tempatan, Burger King hari ini telah melancarkan menu burger baru yang akan membuatkan anda teringat kepada kampung halaman iaitu Rendang Beef Burger.

Berdasarkan poster promosi yang dikongsikan Burger King, untuk menu kali ini, mereka hadir dengan penawaran dua keping patti daging untuk hidangan Double Rendang Beef atau anda juga boleh mendapatkan patti yang dipanggang menerusi hidangan Rendang Tendergrill.

Melengkapkannya adalah sos Rendang istimewa bersama-sama dengan hirisan bawang yang diletakkan di setiap lapis kepingan antara roti dan patti di dalam burger.

Bagi yang berminat, berikut adalah senarai harga bagi menu Rendang Beef Burger yang ditawarkan sama ada melalui pembelian atas-talian ataupun terus di kedai fizikal:

  • Double Rendang Beef AC – RM13.50 (Ala Carte)
  • Double Rendang Beef Value Meal – RM17.50 (Set Medium)
  • Rendang Tendergrill – RM12.90 (Ala Carte)
  • Rendang Tendergrill Value Meal – RM16.90 (Set Medium)