KFC Spicy Smoky Crunch, Ayam Goreng Salai Ala Portugis

October 5, 2022
Uncategorized

Lina Rosli

Untuk bulan Oktober 2022, KFC dilihat mula memperkenalkan menu baharu kepada umum iaitu ayam goreng KFC Spicy Smoky Crunch.

Menggunakan ayam goreng kegemaran ramai, iaitu ayam Hot & Spicy, KFC kali ini menampilkan kelainan yang mana ayam tersebut telah diolah menggunakan teknik salai ala portugis.

Menerusi hidangan ini, anda boleh mencuba rasa baharu yang menggabungan herba dan rempah ratus Portugis seperti paprika salai, lada benggala merah, bawang putih, lada hitam, dan serbuk tomato.

Melengkapkannya adalah hidangan pencuci mulut yang baharu iaitu KFC Banana Chocolate Ball. Ia menampilkan manisan dengan inti coklat dan dipadankan dengan ketulan pisang sebenar yang disaluti bebola emas rangup.

Bagi yang berminat, mula pesan KFC Spicy Smoky Crunch yang ditawarkan pada harga bermula RM17.49 dan dapatkan juga KFC Banana Chocolate Ball terus pada aplikasi KFC Malaysia ataupun kunjungi ke restoran KFC seluruh negara bermula esok (6 Oktober 2022).

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd