Carian
Perincian ‘Supersize’ Diperlihatkan Dalam Koleksi Pakaian Wanita Terbaru Louis Vuitton
October 6, 2022 Lina Rosli

Louis Vuitton baru-baru ini telah memperkenalkan koleksi pakaian baharu sewaktu acara LV Spring/Summer 2023 di Paris.

Bagi setiap pakaian yang diperagakan, ia memperlihatkan perincian yang unik yang mana ia hadir dengan saiz besar atau ‘supersize’ berbeza dengan koleksi lain sebelum ini. Semestinya ia bukanlah gaya yang akan sering dipakai individu, namun ia boleh menjadi satu penampilan yang istimewa untuk acara atau majlis tertentu.

Menerusi konsep ‘Supersize Me’, LV dilihat hadir dengan beberapa ciri eksklusif mereka dalam setiap gaya seperti corak monogram ikonik, tali pinggang batang klasik, dan banyak lagi. Di tambah pula dengan saiz elemen yang besar seperti zip, gesper, label, tapak kasut, dan juga poket baju, ia menjadikan pakaian untuk koleksi ini tampak moden namun dalam pada yang sama kelihatan lebih versatile.

Menurut Nicolas Ghesquière yang merupakan pereka fesyen untuk acara LV kali ini, koleksi pakaian yang dipersembahkan adalah berpaksikan kewanitaan yang mana orang yang berwawasan di sebalik Louis Vuitton melihatnya melalui penekanan, mengagungkan kerumitan selain turut memperincikan perkara yang tidak dapat difikirkan dan meletakkan intipatinya dalam perhatian.

Dengan ini, koleksi untuk LV Spring/Summer 2023 bukan sahaja meneroka nilai perkadaran dalam pembuatan pakaian tetapi juga meraikan lebih daripada sekadar bentuk dan rupa.

Komen