M&M’S Bakal Hadir Dengan Perisa Baharu Yang Dinamakan Caramel Cold Brew – Rasa Seakan Kopiko ?

October 6, 2022
Uncategorized

Lina Rosli

M&M’S dijangka akan menambah perisa baharu di dalam senarai produknya iaitu M&M’S Caramel Cold Brew pada awal tahun 2023. Namun, ia tidak diketahui sama ada akan ditawarkan untuk pasaran Malaysia atau sebaliknya.

Produk baharu ini dilihat membawakan gabungan lazat rasa kopi dan juga karamel yang manis. Ia kemudiannya disaluti dengan coklat susu M&M’S klasik dan melengkapkannya adalah cengkerang rapuh gula-gula berwarna-warni.

Mars unveils new M&M’S Caramel Cold Brew innovation that delivers a delicious combination of smooth, robust coffee flavor and sweet, chewy caramel, covered in classic M&M’S milk chocolate and wrapped in a candy shell.

Menurut Pengarah Pemasaran Kanan Mars yang merupakan syarikat induk kepada M&M’S, mereka melihat terdapat peningkatan jumlah untuk peminum kopi di seluruh dunia dan ini menjadikannya sebagai salah satu minuman paling banyak dibeli Gen Z.

Oleh yang demikian, jenama Mars M&M’S memutuskan untuk memanfaatkan permintaan hidangan memfokuskan kopi yang berkembang pesat dan menggandingkannya dengan rasa kegemaran ramai iaitu karamel.

Untuk pengetahuan anda juga, M&M’S Caramel Cold Brew ialah tawaran berperisa kopi kedua jenama yang diumumkan M&M pada tahun 2022, yang mana perisa sebelum ini yang diperkenalkan adalah M&M’S Espresso.

Selari dengan pengenalan perisa baharu ini juga, M&M’S turut menampilkan karakter baharu yang berwarna ungu yang akan menjadi duta untuk keluaran Caramel Cold Brew.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd