Pokok Betik Tertinggi Di Dunia Ditemui Di Brazil – Tampil Dengan Ketinggian Mencecah 14.55 Meter

October 7, 2022
Uncategorized

Lina Rosli

Tahukah anda, di Brazil, sebatang pokok betik dengan ketinggian 14.55 meter telah ditemui oleh dua individu dan salah seorang daripadanya adalah pemilik kepada ladang buah iaitu Tarcísio Foltz dan rakannya Gilberto Franz.

Penemuan ini telah direkodkan pada 2 September 2021 yang mana pokok betik tersebut berada di dalam ladang buah milik Tarcísio yang terletak di Nova Aurora, Paraná, Brazil.

Menurut Tarcísio, beliau menyedari akan keunikan pokok betik tersebut sejak awal tahun 2021 yang mana ia dilihat mempunyai ketinggian luar biasa berbanding pokok lain yang pernah dilihatnya.

Tarcísio kemudiannya menjemput rakannya yang juga bekas pemilik ladang tersebut iaitu Gilberto untuk mengukur pokok itu menggunakan dron dan selepas tiga bulan, mereka memutuskan untuk mengukur pokok itu secara rasmi, dan dengan bantuan daripada pasukan pakar.

Untuk pengetahuan anda, Brazil merupakan negara pengeluar betik terbesar di dunia dan buah tersebut dikatakan adalah buah eksotik di Nordeste Brazil yang mana ia sangat biasa dijumpai di kawasan berkenaan. Menurut warga Brazil, mereka memanggil buah berkenaan dengan nama mamão yang mana mereka kebiasaannya akan menyajikan buah tersebut di dalam ais krim, jus, minuman buah-buahan dan pencuci mulut.

Sedikit info mengenai rekod sebelum ini, pemegang rekod pokok betik tertinggi di dunia pada tahun 2017 telah ditemui di India yang mana pokok itu ditanam secara persendirian oleh Jhantu Paul. Ia disahkan mempunyai ketinggian yang menakjubkan iaitu 14.08 meter.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd